twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, March 16, 2013

Hidup Sampai Mati

 "Ehem ehem engkau adalah untuk ku Sampai Mati' lelaki Y kepada X

********
  "Hadiah ini ana bagi kat enta. Sebab hari tu 'time exam mid year' enta dapat Mumtaz. Tahniah, semoga usaha kita adalah untuk Allah dan Allah terima. Moga - moga ini dapat membawa imbalan ke syurga." Senior  
X"

 "Allah.." detik hati kecil saya.

 Seminggu pertama peperiksaan pertengahan dahulu merupakan tempoh yang agak sukar bagi saya. Subjek 'Pathology' yang menjadi igauan semua pelajar tahun 3 sehinggalah graduan perubatan pasti akan mengeluh apabila subjek ini ditayangkan kepada mereka. Tanpa perlu saya urai panjang, senang cerita subjek ni memang sangat susah lah. Serius.. tak tipu.

 Dipendekkan cerita saya dapat Mumtaz lah hari tu time exam. Apa yang menyayatkan hati saya ialah sikap saya sewaktu peperiksaan tersebut berlaku. Tempoh persediaan yang diberikan tidak digunakan dengan sebaiknya. Hanya yang bermain di fikiran ialah omong - omongan kosong yang membina buntu dalam kepala. Kerap kali saya terfikir, "Ya Allah banyaknya masa yang aku habiskan untuk bepersatuan. Kalau aku tak Mumtaz ni boleh jadi Fitnah ni". 'Mind set' ini acap kali menekan perasaan, jiwa dan minda saya sewaktu 'study leave'. Perasaan seronok ketika mengulang kaji semenjak dua tahun ini dibunuh tanpa belas kasihan. Tiada lagi rasa ingin faham sepenuhnya. Meneliti setiap ungkapan dan bait dalam buku 'department'. Muka surat demi muka surat diselak cepat hanyalah untuk menghabiskan. Selesai muka kulit terakhir, buku itu diciumkan dan dijunjung atas kepala. Kemudian berkata 'ahhh lega aku dah habis'

Tetapi kali ini perasaan itu tewas, ketebalan buku - buku tahun 3 terlalu banyak untuk saya 'speed read' kesemuanya. Akhirnya 80 muka surat tidak dibaca.

 Allah. Kali ini apabila saya menjadi exco. Rasa gusar itu semakin kuat. Takut - takut segalanya menjadi fitnah. Mana pergi perasaan sukakan study? Perasaan membantu orang? Perasaan menguruskan organisasi?

 Sehinggalah pada hadiah daripada senior X itu tertulis dialog ini. 

"Waktu ana menjadi Exco ana pernah bertanya kepada Senior ana jugak, Macam mana ni abg Z, ana menang pilihanraya, ahli memilih ana untuk menjadi Exco. Seluruh beban ahli PERUBATAN ni terbeban di atas bahu ana. Macam mana ni?"

 "Ala.. inikan takdir Allah, nasihat ana hanya satu Jagalah PERUBATAN seperti kamu menjaga Nyawa kamu" jawab senior.
 Hampir menitik air mata saya membaca kalam ni (cee wahhh mana ada). Terdiam saya seribu bahasa. Allah selama ini saya selalu berbolak balik antara kalam insan, prinsip sendiri dan keadaan semasa. Kata - kata ini merupakan titik hidup yang cukup bermakna.

 Rupanya - rupanya saya masih dihantui dengan kegagalan saya sewaktu menjadi Pengawas dahulu. Kenangan itu setiap kali diingat semula pasti mengundang mimpi ngeri. Terasa ribut kilat sejarah lalu terlalu dekat untuk menyambar saya. Menjadikan diri saya terlampau 'vulnerable' diselimuti cas cas negatif menunggu kilat menyambar jasad sendiri.

Saya terlupa apa yang saya lakukan ini ialah wasilah kepada Allah. Satu madrasah untuk membaik puih diri. dan membawa kebaikan kepada inisan insan yang lain. Semoga akan suburlah hidup senior yang memberi tahu saya hikmah ini akan saya pegang menjadi pelita suluhan dalam perjuangan penuh ranjau ini. Seeru 'ala barakitllah.

Hidup untuk Islam dan sampai mati aku akan bawa Islam.

p/s:
Esok exam doakan.
Hujung minggu ini dirai dengan mendapat Setiausaha dan hadiah. Malah hikmah yang lebih berharga.

لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّـهُ الْحُسْنَىٰ ۚوَفَضَّلَ اللَّـهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٩٥﴾دَرَجَاتٍ مِّنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٩٦﴾
Not equal are those believers remaining [at home] - other than the disabled - and the mujahideen, [who strive and fight] in the cause of Allah with their wealth and their lives. Allah has preferred the mujahideen through their wealth and their lives over those who remain [behind], by degrees. And to both Allah has promised the best [reward]. But Allah has preferred the mujahideen over those who remain [behind] with a great reward - Degrees [of high position] from Him and forgiveness and mercy. And Allah is ever Forgiving and Merciful.



Friday, March 15, 2013

Rehat yang Tidak Disangka - sangka

 "Wei, Jumaat ni kita buat SC main bowling dekat Panorama" Kata Azri Hisam kepada aku.

"Jumaat? ha ye la ok je"

Tutup buku Patho dan terus balik ke rumah.

  Saya masih belum bercuti semenjak daripada musim sejuk. Tempoh 3 minggu yang di'anugerah'kan oleh universiti rezeki daripadaNYA untuk di'infaq'kan pada pihak lain. Kehadiran tetamu dari Beijing, Haiyu Sabi', dan juga Malaysia, Menjadi Person In Charge dalam menguruskan kebajikan doktor, menjadi peneman doktor sepanjang keberadaan mereka selama di Malaysia.

 Cuti saya disimpul mati dengan Kursus Kepemimpinan Bakal AJKT PERUBATAN selaras seluruh Mesir. Buat insan yang baru dalam barisan Nakhoda 'ummat' di Mesir menjadikan kursus ini hukumnya 'WAJIB' untuk hadir. Tambah - tambah dengan status PERUBATAN Cawangan Kaherah yang masih bongsu. Meskipun Keluarga Kaherah sudah beranak - pinak 12 generasi namun cabaran yang dipikul tetap sama malah menghadapi cabaran 'harapan tinggi' daripada pihak lain. Akhirnya saya menamatkan 2 hari terakhir cuti dengan Perjumpaan Taakhi bersama beberapa cawangan lain atas tujuan untuk menimba pengalaman.

 Naik naik cuti, MAT 9 pun bermula. Bermula dari 8 hari yang lepas telah sah Jawatan saya selaku Exco Akademik PERUBATAN cawangan Kaherah. Lebih dari seminggu telah berlalu kini taklifan pimpinan itu saya pikul dengan sepenuh hati. Walaupun ujian dan tohmahan kata - kata kesat sedang menunggu, Badai itu akan saya terjang demi membawa pencerahan dalam diri insan tentang indahnya Hidup bertuhan yakni Allah.

 Syukur tak terhingga

 Tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata - kata ataupun tulisan, Sekilas menoleh semua itu Allah izinkan saya untuk tempuhi malah menjadikan diri saya insan yang padanya perbezaan daripada semalam dan hari ini. Sesungguhnya perjalanan untuk belajar ini semakin saya lihat terlalu jauh yang bisa dinokhtahkan oleh mati. Jika tidak jalan ini harus disusuri dengan Zuhud dan Tawaduk dalam hati.

Boling sebagai pemula?

 Hari inilah saya rasa kembali seperti pelajar 'normal' semula. Walaupun seketika tidak sampai 12 jam bersama- sama sahabat Smart Circle di Panorama International Bowling Center sedikit sebanyak mengubat lelah dalam hati. Luka - luka insyaAllah sempat di'fibrose'kan tanda peringatan bahawa perjuangan ini masih belum selesai.

 Lepas ni boleh la buka semula kertas kertas kerja dan 'planner' untuk kembali membantu sahabat2x. Sesungguhnya, terdapat banyak lagi hak mereka yang belum aku tunaikan.

Qudwah

Sudah tiba masanya baton pelari utama hinggap di tangan kami warga Generasi 10. Dengan kesedaran dan kefahaman yang ada insyaAllah saya akan terus membaiki diri (Harap - harapnya_ ditemukan dengan Murabbi) demi mencapai ridha ilahi dan seterusnya pembaikan diri ini akan di'viral'kan.

 Semoga Islam terus subur di dalam hati dan dalam masyarakat. Satu impian. Selamat berjuang!

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 

And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.[51:56]

Sunday, December 23, 2012

GIliran kau pula.

 'Aku sakit lah, idea tak datang. Semua perancangan hilang. Mungkin 'hematoma' yang ada dekat kaki ini, darah- darahnya patut sampai ke otak'. keluh Naqib saya semwaktu ingin memulakan usrah.

 Pengisian usrah yang selalunya berkisar tentang tafsir juzu' 'amma, akhlaq rasullah, isu semasa dan sedikit sedutan dari sejarah mongolia merupakan sedikit hidangan rohani dan IQ buat kami setiap minggu. Usrah merupakan satu saat yang ditunggu- tunggu setiap minggu. Asalkan ada usrah semangat untuk membina diri demi menegakkan Islam di muka bumi, dan juga berpijak di syurga ilahi akan berkobar-kobar.


 Naqib usrah saya merupakan insan yang disegani ramai. Seorang tokoh tersohor di Mesir ini. Berada di sampingnya di dalam usrah menambahkan lagi rasa hormat saya terhadap beliau. Seorang insan yang cukup kaya dengan ilmu dan amaat bijak dalam ber'muamalah' dengan manusia merupakan 'package' lengkap untuk menjadi seorang daie.

 3 tahun sahaja pengalaman saya berusrah. Majoriti fikrah, ideologi dan prinsip kehidupan saya ialah buah fikiran dan amalan hasil daripada Usrah. Walaupun saat saya kenal dengan usrah ialah sewaktu PERUBATAN difitnah ataupun dikecam kerana tidak cukup 'tarbiyyah'. Alhamdulillah, Allah berikan saya hidayah dan menunjukkan saya jalan.

Kau la pulak cakap Bal
 Tahun ini saya ditaklifkan untuk menjadi seorang naqib. Tidak beberapa lama kemudian saya dilantik untuk menjadi AJKT.

 Dari sebelum keputusan pilihanraya lagi saya agak khuatir jika saya tidak melengkapi diri saya dengan ilmu2x dan skil2x seorang daie. Berasal dari seorang yang anti-sosial, dalam masa 3 tahun banyak yang saya pelajari dan masih terlalu banyak yang saya perlu cari sebelum melangkah menjadi seorang daie malah sekarang bakal bergelar pemimpin.

Bekalan Hikmah

 Sedikit ilmu yang saya sempat tadah insyaAllah bersama doa2x dari kalian semua akan menjadi bekalan.
 Himpunan kalam- kalam ulama' yang saya dengar dari seumber sekunder dan primer:

- Jangan merasakan diri kita cukup. Kerana apabila kita sudah merasa cukup, kita sudah merasakan diri kita sempurna. Sedangkan manusia tidak sempurna. Mengambil sesuatu amanah dalam perasaan bahawa kita tidak layak ialah pilihan dan ketentuan Allah maka Ambillah peluang ini untuk taqarrub dengan Allah.

- Jawatan merupakan taklif(bebanan) bukannya tasyrif(kemuliaan).

Doakan saya. dah nak exam khamis ni ada lagi 100 muka surat tak baca. Sekian.


Thursday, December 20, 2012

Bicara Prioriti.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Apa gamoknya nak cerita pasal prioriti tengah tengah nak exam ni? Relax sudah, benda dah biasa dengar lah"

"Study ialah prioriti!  Whatever happens study tetap nombor satu!"

"Study no.1, dakwah no.2 yang penting Mumtaz"

 Kalam- kalam anda boleh dapati di 'Facebook'. Jika bukan Facebook maka segalanya hanyalah kata- kata yang bermain di fikiran saya.

Istighfar3x.

  Pernah suatu ketika apabila di soal tentang aktiviti dakwah dan juga pelajaran. Saya diasak berkali- kali dengan soalan yang hampir nadanya seperti yang dinyatakan di atas. Sekali imbas, keputusan saya lebih corot daripada empunya badan yang bertanya. Tertinggal berbelas anak tangga dalam 'ranking' yang disusun berdasarkan keputusan akhir tahun' natijah akhir sanah'. Berpeluh- peluh dahi dan badan mendegar soalan.

 Cuba bayangkan, beliau boleh menghabiskan masa untuk 'study' dengan lebih banyak. Tumpuannya dalam kelas, jadual kehidupan seharian dan tanggungjawab yang terpundak jarang sekali mencengkam bahagian otak sehingga ke tahap penat dan meletihkan. Kalau dikira dari segi usaha memang tiada tandingan. Setiap tahun boleh keputusan Mumtaz dalam tangan.

  Saya cuba bandingkan dengan diri saya yang serba kekurangan. Belajar tidak banyak. Masa lapang banyak saya laburkan untuk berjumpa dengan orang. Setiap kali berjumpa dengan orang pastikan akan menguji kesabaran. Belum habis penat berjumpa orang datang panggilan telefon menuntut amanah, ditanya beribu soalan berkenaan gerak kerja. Diminta untuk menyiapkan tugasan sebelum tarikh yang ditetapkan.

 Balik2x rumah, ada orang buat hal cari pasal. Dah mintak satu lagi kesabaran. Perlu pulak masak. Keluar lagi tenaga. Habis2x bukak internet 30 notifications 15 daripadanya kerja 8 lagi dari Pasar Mesir. Setiap satu notification mintak 10 cell untuk bekerja lebih masa. Kalau2x pun dah selesai semua perkara. Ada sedikit lagi saki baki masa untuk belajar. Tenaga hampir kesemuanya sudah 'liberated' menjadi haba. Dah sampai ke tahap 'overwork' dah.

Tapi Study???

Sighhh..

Memberi jawapan. Berbincang untuk pencerahan

 Saya menelan air liur yang terkumpul dalam 'oral cavity'

 'Sahabat. Adakah Mumtaz mesti menjadi ukuran? Jika mumtaz adalah ukuran usaha mengapa ada orang sangat2x berusaha tetapi tak juga mendapat Mumtaz adakah mereka tidak cukup memberikan prioriti.

Saya bertanya sekali lagi. Jika enta study lebih masa sepatutnya markah yang enta dapat ialah markah penuh. 100% no kompromi. Sebab apa? enta tak buat apa2x melainkan study. berbanding dengan orang lain yang menolong orang. Yang masa dan tenaga nya sudah habis untuk orang lain!

Mungkin jawapan yang saya berikan tidak munasahah. Hampir mustahil untuk seseorang itu mendapat markah penuh. Maka di sini saya tegaskan bahawa MUMTAZ bukanlah ukuran MUTLAK untuk usaha dan minat seseorang itu dalam akademik.

Kesimpulan

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٣٠


Dan Apabila Allah Berkata: Sesungguhnya aku ingin menjadikan di dunia ini Khalifah.

 Saya sangat percaya bahawa tujuan hidup saya ialah ini. Walaupun apa pun orang dakwa tentang prioriti. Pendirian saya terhadap timbangan prioriti dalam kehidupan.

 Jika kecemerlangan akademik yang didambakan. Kecemerlangan akademik mestilah didasari dengan matlamat untuk redha ilahi.

MUMTAZ senang nak dapat. Ridha Allah belum pasti. Yang pasti kita akan Mati.

Pesanan buat penulis.

Sekian.

Tuesday, July 3, 2012

Moga bertemu Jalan Pulang.

 Yahoo.... dah habis . Semalam kertas histology bernada sederhana. Ada yang mampu dijawab tepat ada yang ingatannya samar2x. Alhamdulillah tiada yang tak tahu lansung.



 Habisnya 'exam' menandakan musim balik Malaysia. Hampir tiba. Kedai - kedai mula membuat promosi jualan penghabisan stok. PERUBATAN pula sudah buka hari terbuka untuk tuntutan barangan tempahan. 

 Ramainya yang dah bertiket. Ada yang menunggu keputusan keluar. Yang memang dah lama tak balik Malaysia dengan yang ada 'plan' sengaja balik awal. Ada juga yang berjiwa korban sanggup untuk tinggal di Mesir dan pulang lewat semata- mata untuk berbakti kepada Umat. Ada yang sengaja balik lewat sebab ingin berjalan - jalan. Akulah tu..


 Saat pulang ke Malaysia mesti paling gembira lebih - lebih lagi bagi mereka yang sudah hampir  Setahun setengah tidak bersua dengan keluarga. Tertahan - tertahan rindu, kadang kala ada kawan yang sampai mimpi- mimpikan keluarga. Punya lah rindu. Saat mengingati keluarga lazimnya merupakan saat paling tenang    buat seketika. Ketenangan itu kadang kala terbuku dengan cukup lama sehingga menjadi supplemen untuk menempuh hari - hari esok. Menelefon dan bercakap dengan mereka meninggalkan satu hormon ketenangan yang mempunyai 'half- life' yang cukup lama dan efektif pada tindakan psikologi diri kita.

 Dari ibu dan bapa kita berasal, dan dengan bersama mereka kita semakin tenang. Apabila manusia tersesat dalam satu tempoh yang membelenggu tiada jalan keluar. Bersama keluarga untuk menghela sesak di dada dan menghirup nafas baru agar segala yang berlaku pada diri kita dapat kita tempuh.

 Hakikatnya ini satu sifat semula jadi manusia. Naluri untuk 'survive' sangat tinggi pasti ingin mencari pnyelesaian bagi setiap masalah. Hatta orang malas. Naluri manusia yang apabila kembali ke tempat asalnya akan merasai ketenangan. Dan apabila kembali berteleku di atas sejadah. Berharap kepada kuasa dan ZAT yang kekal kita akan merasakan tenang. Daripada Allah kita datang.Dan dengan kembali kepada Allah kita akan menjadi tenang. Dengan kembali kepada ALLah akan timbul perasaan iqna' yang mana rasa hilang segala permasalahan.

 Sama ada kita pencuri, perompak, penipu atau hipokrit, ALLAH akan mendengar segala bahasa jiwa dan tatkala kita berada pada satu tahap yang sangat 'down' apabila mengingati dan meluahkan segalanya kepada ALLAh hati pasti akan tenang.

 Ramadan hampir tiba. Moga bertemu Jalan Pulang. Hingga kita bertemu redha pencipta.



Sunday, June 24, 2012

Sesak Berlengas

 Terik matahari lewat hari ini benar - benar menguji kesabaran. Belum pernah mesir panas seperti ini sewaktu bulan Jun semenjak tahun lalu. Bahangnya panas mendidih meresap ke dalam kulit melewati lapisan 'epidermis' kulit manusia. Bertemankan pigmen melanin sebagai perisai menentang sinaran UV matahari bumi padang pasir. Lewat petang ini saya bersama seorang teman berjalan ke Alef Book Store di Maa'di.

 Berjalan- jalan sememangnya menjadi hobi. Berjalan mencari ketenangan.Lari sebentar dari sibuk kota sayyeda zainab. Lari sebentar daripada tekanan peperiksaan yang cukup mencengkam. Lari dari godaan - godaan hiburan di Laptop. Lari sebentar dari hiruk pikuk masayarakat sekeliling.

Lari Mencari Inspirasi.


 Saat saya tertekan dengan bebanan belajar dan gerak kerja persatuan. Saya sering cabut lari pergi ke lembangan sungai nil(korsnisy) bagi mencari ketenangan. Kadang kala suasana petang kaherah yang mengundang pekerja pulang daripada pejabat menyebabkan kornisy Nil menjadi hiruk pikuk. Namun saya tetap bertandang untuk lari sebentar daripada laptop, buku, kertas, dan kadang kala manusia.

 Tanpa bertemankan sesiapa saya berjalan mencari semula kekuatan. Muhasabah dan memikir mikirkan semula perbuatan. Mana saya yang tidak kena. Masalah akan menjadi lebih sesak apabila berhadapan dengan karenah manusia. Berfikir untuk mencari solusi di mana titik keterbukaan dalam hati dan titik pertembungan dalam idea. Agar kata- kata yang diluahkan bakal menusuk hati dan seterusnya menjadi pengajaran.

Bersabar dan berhikmah dalam berdakwah


 Jika manusia tiada punya perasaan sudah lama saya akan menengking- nengking dalam membetulkan kesalahan. Berdakwah tidak semudah itu. Manusia yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan dan cara didik yang berbeza membentuk personaliti yang berbeza. Tidak cukup dengan rakaman dari DNA sahaja suasana sewaktu membesar sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang.

 Atas faktor2x inilah menyebabkan cara untuk menyampaikan satu kefahaman dalam diri manusia itu sering kali berbeza dari satu kelompok ke satu kelompok.

 Teringat saya ibrah yang kami dapat daripada Kelas Sirah yang berpaksikan Kitab Ar- Raheeq Almakhtum.
Nabi yang sedari kecil sudah belajar dan hidup dengan dengan mengemabala kambing telah membentuk sifat seorang manusia yang sangat Penyabar. Sabar dalam mengahadapi karenah manusia. Sabar dalam menghadapi karenah musuh, karenah orang yang jahil karenah manusia daripada lokaliti berbeza.

Semoga sahabat- sahabat saya dari mana - mana pun sudut dunia sentiasa sabar menghadapi karenah manusia. Andai kata buntu carilah ketenangan moga-moga apabila hati dan minda mampu melepasi ribut pemikiran maka akan kita nampak jalan keluar yang betul. Mudah - mudahan hati terus kuat disinari hidayah Allah dalam membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.

Tuesday, June 5, 2012

Salam Neutral

 Baru selepas himpunan hijau dan menonton video abuaqif studio. haaaa... (menghela nafas panjang).

Makin sukar untuk menjaga neutraliti. Kadang kala rasa diasak untuk menjerit

WOIIIII ko salah!

haaaaa..

Bukan untuk berlakon, moga2x orang lain boleh menerima pendapat atas dasar inteletual bukan kepartian.

Sob sob mohon untuk terus..... **********g. T.T

Saturday, June 2, 2012

What we Give

What we give we get back. Teringat kata- kata CIkgu Najihah kelas add math dulu. Ada seorang anak murid nakal yang suka melawan kata - kata beliau. Tengah- tengah cikgu mengajar sengaja tunjuk protes dengan tidur.

 Sambil menahan marah cikgu mengeluarkan kata-kata ini dengan selamba. Pelajar tersebut terus mengekalkan muka sememehnya. Dan cikgu terus mengajar. Anak murid keras kepala, kononnya tinggi cita-cita tetapi sempit sisi pandangnya.

 Hari ini, kata- kata tersebut terngiang ngiang ditelinga anak muridnya. Roda takdir berputar di luar landasan yang mampu manusia lihat. Andai kata perancangan kita kena dan tepat sasarannya maka sandarkan pada tuah yang Allah kurniakan kepada kita. apabila hasil jauh tersasar pula jangan bersedih kerana selagi nyawa masih ada, roda takdir akan terus bergerak mudah mudahan takdir menyebelahi kita.

 We get what we expect. Cara kita berfikir menentukan nasib kita. Fikirlah dengan positif, nescaya perkara positif akan datang pada kita.

 Usaha serba-serbi susah payah mengajar rakan Allah balas dengan keluar tajuk yang kita ajar. Mungkin sikit masa waktu belajar dahulu Allah balas sedikit dengan lapangkan waktu tengah jawab exam.

 Alhamdulillah. Keputusan bagus tak bagus itu no. 2( ini serisu). Asalkan mampu menulis dengan menghitamkan sudah cukup membuatkan hati lega.

You do not pay for the price of success you enjoy the price for success. So enjoy your hard day because this might be the last chance you can enjoy it.

-inspirasi dari murabbi sebelum exam-



Thursday, May 24, 2012

Boring.... hew hew hew

 Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Buku- buku berselerak di atas meja. 3 buku 2 tajuk besar. Beratus- ratus muka surat. Ada yang faham. Ada yang tak. Ada yang dah baca tapi tak ingat. 'Highlight' berjela - jela tapi rasa - rasa kalau disuruh jawab periksa sekarang habuk pun tak tertulis.

 Hampir 6 hari berturut -turut berhempas pulas. Hasil masih belum memberansangkan. Ada ahli bait yang macam dah nak jatuh semngat. Aku pun lagi la..... Midon, Teloq dan Thalhah tengah bermatian- matian berjegil mata untuk melihat buku. Kadang- kadang jatuh sekejap 'mati' di atas katil.

 Pagi ini saya mengambil keputusan untuk 'berhiatus' kejap selama 4-5 jam. Untuk buat perkara-perkara di luar lingkungan peperiksaan. Perkara ini saya sering rasa apabila bergelumang keras dalam sesuatu perkara. Dari jadi ad hoc program sehinggalah belajar. Rasanya kemuncak belajar paling kurang produktif ialah tahun ini sebab banyak khayal dalam kelas.. (sigh).

 Masakan tidak, sistem 'on' 'off' saya masih belum establish. Kadang-kadang, selalunya masalah yang difikirkan terbawa-bawa sampai ke kelas. Sambil melopong mendengar kuliah otak melayang mencari solusi yang takkan selesai.

 Kalau menjadi ad hoc yang terlalu lama pun akhir - akhir tu semangat semakin pudar.

Mood: menyesal.(Huwwaaaaa!!!)

  Siapa saya nak menduga kuasa alam? Bagi setiap kekuatan ada limitasi. Ada 'pro' dan 'kons'. Kadang kala kita kuat, kadang kala kita lemah kadang kala kita kuat dan kemudian 'consummed'.

 Selak2x mathurat terbukak satu muka berhabuk. Sekali tiup sekentut debu terbang.

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ

Surah albaqarah ayat 153.
-Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity.
 -It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned.

 Limitasi manusia satu halangan. Kena cabar limitasi sampai kita dapat melepasi kekurangan diri.

 Orang bina badan makin lama akan angkat benda yang makin berat. Baru 'muscle' jadi lebih kuat.



 Nak jadi pandai kena sakit sikit der.....

p/s: call mak sat nak mintak doa..
 


Friday, May 18, 2012

Bukan Milik Saya

 Alhamdulillah semua 'practical exam' dah habis. Puas jugak lepas jawab anatomy tadi. Tahun ni sekali lagi ubah cara study saat-saat akhir. Ambil pendekatan baru dengan tengok video dan atlas. Selebihnya berdoalah banyak2x.

 Dalam banyak-banyak 'station' tadi rasanya 'station' X ray je yang paling mudah. Yang kena tengok 2 3 kali jugak la untuk kenal pasti structure apa. Lagi2x nerve ataupun thyroid gland yang nak tak nak kena kaitkan dengan 'strukur' lain supaya betul2x 'confirm' structure yang sebenar.

 Soalan bagi setiap stesen pun panjang2x dan susah2x dan banyak relation. Bukan mudah nak muntahkan relation ni 'time' gelabah2x.

 Apa2x pun Alhamdulillah. Rasanya boleh jawab. Yang lain saya serahkan sahaja dekat DIA. Allah yang Maha Esa.

Bye =D

p/s: What do you expect? Hafal banyak2x lepas tu nak kena cepat2x keluarkan dalam masa kurang dari 50 saat. Nak identify satu benda nak ingat satu benda. nervous lagi. bagi yang dapat jawab bersyukurlah Allah cepatkan neurotrasmission kat bahagian memori spesifik untuk 'nerve' dan 'gland' dan 'artery' tuh supaya kita dapat tulis. Segalanya Allah izinkan.

Firman Allah S.W.T.

Berkata malaikat: Maha Suci Allah, Tidaklah kami mengetahui sesuatu melaikan Engkau yang 'Mengajar Kami'. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.

Surah Albaqarah ayat 32.

Ilmu itu bukan milik awak, bukan milik saya tetapi milik Allah.

Tahniah buat yang dapat jawab exam. Yang kurang sikit takpe 'stay cool' untuk written.

Saturday, May 12, 2012

Pakai Harung JE..

Janganlah sekali kali berjuang kerana suka dan minat. Dalam bergerak perasaan ialah tuan yang sangat lemah.

Bergeraklah atas dasar rasa tanggungjawab. Biarpun pahit ataupun manis, Berat ataupun ringan, Wajib ke atas kita untuk terus bergerak.

Waktu sukar menguji keikhlasan. Waktu lapang persediaan untuk waktu sempit kerana siapa kita di saat sempit merupakan cerminan bagi diri kita sewaktu lapang.

Salam Imtihan, semoga berjaya. Senyum Sokmo jangan masam je..... =D

Tuesday, May 8, 2012

New Things

 I have spent my entire life studying and score with flying colours. I have neglected my social life just for study. I have neglected too many things. And now as everybody mastered the basic skills of life I am still teetering between knowing and not.

 But I do know that it is never too late. I will rise again. muahahahahahahaha. If we have spent so much time in our life trying what we love and what we capable of, honing our talents now let us try what we cannot or hard to achieve. Let's lift our limit....

Haiyaaaa!!!

Monday, May 7, 2012

Simbiosis

Hidup ini ialah simbiosis. quoted from Khairul Adli Bin Idris.

Jangan rasa bangga hidup sorang2x. Manusia tidak akan pernah cukup kuat.

Wednesday, May 2, 2012

Cukup Sempurna

Bangun bangun pagi je, tengok-tengok dah lambat. Bilik air semua tengah guna. Baju tak habis basuh, tersadai. Yang dibasuh pun daki melekat.

Lepas mandi, siap- siap nak buat air sebelum pergi kelas, kopi habis, gula habis. Minum air kosong jela. Terpusu-pusu terus pakai kasut bekejar pergi kelas.

Sampai kelas 'time' rehat, Orang buat lawak cari pasal dengan kita. Lari pergi tempat lain, tengok orang lain meluat pulak. Ada orang ajak sembang sakitkan hati. Ada orang jumpa-jumpa terus tanya 'deadline' kerja. Terus tegur marah.

Balik- balik kelas je, kena 'blame'. Baru nak study tempat study tunggang langgang malam semalam punya kopi tumpah tak lap lagi.

Memang si A yang salah, si B, Si C sampaila Z semua bersalah. Dia salah, ENGKAU pun salah.

Aku masih kurang pandai bercakap, aku masih tak pandai menyanyi, aku tak pandai belajar, Selalu bazir masa, Semua ak tak boleh. Kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain? bahagia je?

Kenapa akulah yang PALING sengsara, PALING selau dituding jari. Aku bukan kuat sangat pun! aku bukan pandai sangat pun! kenapa korang mesti nak salahkan aku?


*********

Siapa pernah sangka hari dia akan jadi sangat teruk. Siapa sangka yang semua masalah tiba- tiba terpundak ke atas bahu kita. Masalah di depan mata, masalah di di Malaysia. Masalah dengan ahli bait, masalah dekat rumah. Siapa yang pernah meminta? siapa?

Adakalanya kita merasakan bahawa seluruh kuasa alam berpaling pada diri kita. Dan kita hanyalah insan biasa. Ya Insan biasa hakikatnya ialah kekuatan kita. Sebab kita tak perlu bergantung pada diri kita. Kita hanya perlu bergantung pada Kekuatan Allah.

Buat apa kita bergantung pada diri kita, kerana diri kita tidak pernah kuat. Buat apa kita bergantung pada diri orang lain sebab mereka belum pasti mampu untuk menolong kita, Bergantunglah kepada Allah Zat yang tidak akan mati yang mana seluruh kuasa alam ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kekuatannya.

Jika merasakan diri kita terlalu kurang, memang hakikatnya diri kita ni kurang, kita tidak pernah layak untuk merasa lebih, kerana semua ini hanyalah pinjaman. Untuk menjadi lebih baik tidak perlu kita kelamkan dengan segala kekurang kita. Sebaliknya berdoalah kerana kita sentiasa lemah.

Jika bengang terhadap orang lain, ingatlah manusia tidak pernah sempurna, tidak pernah sempurna saling menyakiti, tetapi adakah kita akan kalah kepada perbuatan buruk orang? Nabi dulu keadaan beliau seribu kali teruk berbanding kita. Pandanglah dengan pandangan rahmat, keburukan itu satu ujian untuk diri mereka. Malah andai kita mengaku kita ada kekurangan, barangkali kekurangan kita menjadi modal mengumpat dan sakit hati orang lain? jadi patut ke kita sakit hati kepada ornag lain??

Perancangan Allah sentiasa yang terbaik untuk kita. Sentiasalah bersangkan baik kepada Nya. Kerana Dia berada pada sangkaan hambanya. Maka sentiasalah bersangka baik kepada Allah.

Segalanya sudah cukup sempurna.
=D

p/s: cerita hanya rekaan semata-mata.






Tuesday, April 24, 2012

Manusia + Karenah, Exam.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji- pujian bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan kehendakNya kita terus hidup dan dengan kehendakNya manusia sesetengah manusia berada di atas dan ada yang terseungkur dibawah. Apa- apa pun ingatlah bahawa semua tu aturan Dia dan kita hanyalah watak di dalam satu cerita. Siapa pengarahnya? jawabnya Allah lah....

MeM 12 dah habis....

 Selama sebulan 2 minggu yang lepas berhempas pulas, akhirnya sampailah jugak masanya untuk duduk sekejap di depan laptop. Waktu- waktu macam ni barulah sedar kenapa orang suka sangat bercakap tentang masa. Dari pepatah arab sampailah ke melayu semua mesti cakap pasal masa. Jangan lupa Allah bersumpah dengan Masa di dalam surah al-'Asr menyeru agar hamba ciptaannya sentiasa dalam keadaan terarah dan memanfaatkan perkara yang paling berharga iaitu masa.

 Waktu kecik2x nih =.= jadi ad hoc untuk MeM merupakan kali pertama menguji kemampuan untuk 'deal' dengan manusia. Dari pelbagai lapisan, dari pelbagai universiti, pelbagai pemikiran, dan juga jadual masa menjadikan kita selaku budak baru belajar tentang tingkah laku manusia sentiasa tersepit dengan tindak tanduk sesetengah mereka.

Cuba bayangkan kita bekerja dengan orang yang sebelum ni kita tak pernah jumpa, tak pernah duduk sekali sembang, tak pernah kenal budi pekerti segala isi hati. Alih- alih kenal2x je terus nak minta tolong, terus nak bagi arahan, terus nak bawa berbincang. Mustahil kalau kita cakap yang dengan pandangan kali pertama kita terus tahu kelebihan, kebaikan. kelemahan dan kekurangan seseorang. Macam mana cara bekerja, semuanya nak kena disuaikan dengan diri kita secepat mungkin kalau tak kita yang tertekan. Ada orang suka bertangguh, ada orang buat kerja laju, ada orang yang suka bagi idea, suka pakai ikut je, yang lebih suka kat pasukan lain, 'perfectionist', malas dan sebagainya. Silap- silap haribulan, kalau takde yang mengalah sorang terikut-ikut perasaan, tumpas dengan kemarahan, bila perasaaan mengalahkan rasional menjadi tuan semuanya akan hancur berkecai.

Macam mana Nabi dulu agak- agaknya. Turun sahaja wahyu, dalam jangka masa 3 tahun berdakwah, Nabi membuat perjumpaan di rumah Alarqam bin Abi Arqam, mendidik para sahabat baginda sehingga boleh menjadi pendokong islam yang merupakan tulang belakang utama dalam gerakan dakwah nabi.

Strategi mantap


Nabi telah memilih untuk berkumpul di Rumah Al arqam kerana itulah antara rumah yang paling dekat dengan kaabah dan pemimpin quraisy yang lain. Supaya apabila membuat markaz yang terletak dekat dengan pemimpin quraisy yang bakal membenci islam akan mengurangkan syak wasangka terhadap gerak geri baginda dalam mencari ahli baru.

Akhlaq mantap


Elemen mantap kedua ialah akhlaq nabi. Selaku seorang murabbi yang ditarbiyah secara lansung oleh Allah, Nabi menjadi model terbaik bagi sekalian manusia. Al-Quran sekalu panduan hidu di terjemahkan oleh tinghkah laku Nabi. Walaupun dicerca, nabi tidak pernah melenting sekali pun. Sekali nabi bermasam muka, turun Surah Abasa' sebagai peringatan. Diriwayatkan sepanjang 10 tahun Anas bin Malik hidup bersama nabi tidak pernah sekalipun melihat nabi bermasam muka kepada beliau. Itu 10 tahun, ini kita yang baru sahja 2 tahun duduk dengan ahli bait kita ntah berapa kali ntah memuncung mulut, hentak kaki tanda tak puas hati.

Hasil

Selepas nabi wafat lebih daripada seribu orang sahabat nabi, hasil tarbiyah dan didikan nabi, padu dengan semangat proaktif, menyebarkan islam ke serata dunia. Dalam jangka masa yang agak singkat, tamadun rom runtuh, tamadun parsi kalah, dan akhirnya Islam menjadi kuasa besar dunia.

Pasttinya, kesabaran, ketabahan dan kekuatan yang nabi tunjukkan menjadi modal dan satu sunnah untuk kita ikuti dalam siri kehidupan kita yang pada bila2x je akan tamat. Tiada golongan dalam dunia dan kerangka waktu ini yang lebih hebat diuji berbanding nabi. Nabi Muhammadlah seorang suami terbaik, ayah terbaik, Peniaga terbaik, Strategis terbaik, Ketua Perang terbaik, Diplomat Terbaik, Ketua Terbaik, Pemimpin Terbaik, Insan Terbaik, Murabbi Terbaik melayan manusia yang pelbagai karenah dan menjadi ikutan sehingga 1400 tahun dan keatas. Dalam jangka masa 23 tahun saya yang cukup singkat.

Sesungguhnya hanya dari kisah bagindalah kita mampu untuk semangat. Kisah seorang insan yang berusaha memecahkan segala kemungkinan yang pada ketika menunjukkan Islam takkan sekali-sekali menang. Dianuti oleh golongan lemah dan miskin. Andai kata kita sentiasa terhenti untuk berusaha apabila takut akan sekali gagal fikir balik sampai botak. Perjuangan nabi lebih dahsyat. Lansung tiada kemungkinan untuk menang melainkan dari janji Allah.
akhirnya, tamat jugak...

Untuk akhirnya, terima kasih kepada farhan raduan dan sahabat2x lain kerana sudi bekerja bersama - sama terlalu banyak pengalaman untuk program kali ni. Dan Semoga berjaya dalam exam bittaufiq wannajah!














Tuesday, April 10, 2012

Sistem Nilai

 Ada orang melihat bahawa kawan tu sebagai teman untuk bergelak tawa. Bahan- membahan, nganjing - menganjing dan lain-lain. Tetapi ada lagi sekumpulan manusia bahawa rakan sebagai insan yang kita berkongsi kehidupan. Dialah yang akan menolong kita, dialah yang akan ingatkan kita bila kita lupa barang kita bersepah, dan dialah yang menjadi tukang dengar segala percakapan kita. Ada yang membahagi kawan, kawan ni untuk gelak, kawan ni pula sekadar untuk meluahkan masalah.

 Samalah seperti kasut, ada kasut yang dilihat istimewa oleh segelintir orang, ada yang lain sekadar biasa-biasa sahaja. Ada juga yang rasa tak patut pun kasut jenis tu wujud kat dunia.

 Maka kalau begitu, semua perkara kat dunia ni berbeza pandangan dia terhadap sesuatu perkara, tiada perkaralah yang kita akan sepakat. Ada orang kata semua di dunia cantik dan indah, tetapi mengikut persepsi masing-masing..

Jadinya kira adillah, aku suka benda ni, kau suka benda tuh, tak payah nak susah susah la.

Maka zina, dadah, arak, rokok, sumbang mahram, ponteng kelas dan segalanya sepatutnya tak menjadi masalah kerana betul salah tu terletak pada individu tersebut bukan orang lain. Jadinya orang yang hisap rokok dan minum arak, bila dah liver failure, bronchitis dan sebagainya waktu tu wajar kah kita masih bertegas untuk mengatakan ianya tidak mengapa kerana pada kita itu ialah betul?

 Turunnya Al-Quran sebagai manual kehidupan, dan rasullah sebagai bukti dan juga manifestasi pengamalan suruhan Allah dalam kehidupan yang telah membawa rahmat kepada seluruh perosok alam, menjangkaui perjalanan masa. dari satu generasi turun ke satu generasi sehinggalah kita telah menggariskan satu sistem nilai yang cukup indah. Adil bagi setiap peringkat sama ada dalam konteks individu mahupun secara kolektif. Maka apa lagi belajarlah Al-Quran sebagai panduan hidup agar hidup kekal bahagia. Di mana usaha kita dalam mencapai keseimbangan dalam kehidupan akan dibimbing oleh satu sistem yang cukup ampuh dari segi sistemnya dan amat mesra dan menguntungkan dari segi praktikalnya...

Friday, April 6, 2012

Bahas apa gunanya?

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, Kerana dia kuasaNYA dapat kita melangkah di bumi ini. Selawat dan Salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad Saollahu 'alaihi wasalam, kerana dengan pengorbanan baginda yang teramat besar dan sifat memberi baginda yang tidak berbelah bahagi, menyebarkan kebaikan ke atas muka bumi sehingga ke di sini merasai tempias kebahagiaan tersebut.

Sewaktu penyebaran kartun-kartun yang mengutuk Nabi Muhammad Sollahu'alaihi wasalam oleh kartunis Denmark, semua orang melenting, terutamanya orang Islam. Apabila Islam dituduh pengganas, kuat diskriminasi kepada wanita, Nabi Muhammad di ejek dan dituduh pedohilia( suka melakukan seks dengan kanak-kanak) dan pelbagai lagi tohmahan tohmahan mereka, ramai bercekak pinggang, bertepuk tampar, andai kata pada zaman tersebut 'facebook' menjadi laman sosial utama pasti telah banyak 'status'2x yang akan dikongsikan.

Adakah berbaloi andai segala kemarahan diluahkan begitu sahaja. kesedaran yang hadir dalam hati memukul minda kita untuk berfikir, berbual mengenai nya kemudian kita salurkan seluruh masa dan tenaga hanya di kedai kopi? adakah mampu mendatangkan kesan yang akan datang. Silap2x haribulan, barangkali kita yang akan di serang.

Menurut kolumnis the star eath hour merupakan perkara sia-sia.kerana bersusah payah iklan dipaparkan di kaca media, perbuatan menutup lampu selama sejam adakah cukup untuk mengundur kembali kesilapan manusia selama berpuluh-puluh tahun??

Bukan mudah untuk menyental daki masalah yang sibuk melekat di badan masyarakat apabila daki sebenar datang dari masyarakat itu sendiri. Jika ada masalah kita selesaikan, Jika mampu untuk kita bertumbuk silakan, Jika mampu menulis artikel sebarkan kesedaran maka tulis dan sampaikan, lebih baik jika mampu datang depan2x ajak berdebat demi pencerahan. Jom tunggu apa lagi join la bahas,, yang mana rasa tak nak boleh datang tengok sama- sama kita ambil iktibar... Jemput datang....

Thursday, March 29, 2012

Daripada tunas ke sekuntum bunga

 Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

 Alhamdulillah, wassolatu wassalamun 'ala asyrafil anbia i walmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajmai'n.

Alhamdulillah juga pagi ni tergerak hati nak tulis blog, sejak sekian lama tertunda, hari ini barulah ada sedikit idea dan juga SEMANGAT untuk menulis.

Alhamdulillah juga pada hari ini pandangan kita di sekeliling kita dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah, Mesir pada waktu ni sedang dalam transisi ke musim panas, di antara musim sejuk dan panas, terbit bunga-bunga daripada tidur yang sangat lena. Bagi Mesir yang hanya mempunyai dua musim, musim bunga kurang menyerlah, cumanya di depan Gam'ah pohon-pohon yang selama ni hijau menjadi merah, pakcik pakcik arab mula menjual bunga di tepi jalan.

musim bunga 2012 naik basikal gi piramid
 Melihat pohon2x yang begitu segar mengembang di musim bunga, rasa sangat bersyukur setelah sekian lama mata ni sunyi dengan dengan redup warna pohon-pohon hijau dan warna bunga yg cntik membuatkan saya teringat semula tentang diri kita.

إنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاس وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤

Albaqarah ayat 25

:Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, kapal yang berlayar di lautan,
:yang bermanfaat buat manusia. Apa yang diturunkan Allah melalui langit ialah air, lalu dengan itu Allah menghidupkan bumi yang telah mati

: dan dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan antara langit dan bumi.

: sungguh ia merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti.



Musim sejuk yang lalu bunga-bunga dan pokok-pokok yang kita lihat hari ini hanyalah tunas yang kecil.
Berhempas pulas untuk mengharungi angin musim sejuk yang kencang. Ditiup ke kiri dan ke kanan. Pada bila-bila masa saja akar serabutnya boleh tercabut. Di kacau oleh binatang-binatang liar. Serangga-serangga pemangsa yang berminat untuk memusnahkan peluang si bunga untuk terus hidup.  Tidak kurang juga 'rakan-rakan' parasit si rumput-rumput yang dengki melihat potensi bunga cuba untuk mencuri stok khasiat bumi daripada simpanan si bunga. Dengan harapan agar si bunga mati kekeringan dan akhirnya terkulai layu. Di carik-carik tangan manusia yang melewatinya, semua tu bunga terpaksa harungi tanpa sedikit kemampuan untuk membangkang ataupun berteriak.




Tetapi bunga tetap terus teguh, berpaut pada sang tanah sedaya ampu dengan akar-akar halusnya. Menyerap segala nutrisi2x agar dapat kembali pulih setelah diserang bertubi-tubi. Daun-daun dengan gigih mengembang seluas-luasnya untuk menyerap setiap zarah cahaya dari Dari matahari demi fotosintesis. Akar-akar di dalam tanah, selain mencengkam erat menjalar, menembusi ketul-ketul tanah keras demi mencari titisan air bekalan untuk meneruskan kehidupan.

Berpuluh-puluh hari, siang malam silih berganti, suhu berubah-rubah sekejap suam sekejap beku, sekejap terik, Tapi bunga tak memilih untuk berhenti terus menerus melakukan rutin. Akhirnya, apabila datangnya saat musim panas, langit menjadi cerah, bunga pun berputik. Menghiasi bumi, dan menyejukkan pandangan orang-orang yang melewatinya.



Pada saya hayat sekuntum bunga merupakan satu inspirasi( walaupun cam jambu sket). Memilih untuk terus hidup mencengkam tanah kotor, melewati setiap kesusahan demi tumbuh mekar molek dilihat orang ramai. Bunga boleh saja mengalah, berhenti berpaut dengan tanah membiarkan dirinya dicabut dan disimpan di rumah, tetapi dia tahu yang hayatnya tidak lama, di pasu dia akan mati kering dicampak ke tong sampah, di'flush' di dalam jambann dan sebagainya. Terus mekar di tanah memberi manfaat kepada-kepada makhluk2x lain dari pelbagai aspek. dan jika bunga mati setelah berkhidmat, dia akan bertukar menjadi humus memberi manfaat buat generasi seterusnya....

Friday, March 23, 2012

Tiada apa yang saya harapkan melainkan dalm tempoh hidup saya. melainkan agar saya kekal bahagia dan teguh dalam perjuangan ini.

Sunday, March 11, 2012

...

saya rasa takut minggu nih. ad 5 kerja yg perlu diselesaikan.
exam biochem- sparuh x abis lagi
buku practical- satu habuk x start lagi.
study- bertimbun2x x siap lagi.
e-learning- satu habuk x mula lagi.
UTS- satu habuk x mula lagi.
bahas MEM- baru nak start.

Allahul Musta'an. mnta sahabat2x doakan saya.