Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, Kerana dia kuasaNYA dapat kita melangkah di bumi ini. Selawat dan Salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad Saollahu 'alaihi wasalam, kerana dengan pengorbanan baginda yang teramat besar dan sifat memberi baginda yang tidak berbelah bahagi, menyebarkan kebaikan ke atas muka bumi sehingga ke di sini merasai tempias kebahagiaan tersebut.
Sewaktu penyebaran kartun-kartun yang mengutuk Nabi Muhammad Sollahu'alaihi wasalam oleh kartunis Denmark, semua orang melenting, terutamanya orang Islam. Apabila Islam dituduh pengganas, kuat diskriminasi kepada wanita, Nabi Muhammad di ejek dan dituduh pedohilia( suka melakukan seks dengan kanak-kanak) dan pelbagai lagi tohmahan tohmahan mereka, ramai bercekak pinggang, bertepuk tampar, andai kata pada zaman tersebut 'facebook' menjadi laman sosial utama pasti telah banyak 'status'2x yang akan dikongsikan.
Adakah berbaloi andai segala kemarahan diluahkan begitu sahaja. kesedaran yang hadir dalam hati memukul minda kita untuk berfikir, berbual mengenai nya kemudian kita salurkan seluruh masa dan tenaga hanya di kedai kopi? adakah mampu mendatangkan kesan yang akan datang. Silap2x haribulan, barangkali kita yang akan di serang.
Menurut kolumnis the star eath hour merupakan perkara sia-sia.kerana bersusah payah iklan dipaparkan di kaca media, perbuatan menutup lampu selama sejam adakah cukup untuk mengundur kembali kesilapan manusia selama berpuluh-puluh tahun??
Bukan mudah untuk menyental daki masalah yang sibuk melekat di badan masyarakat apabila daki sebenar datang dari masyarakat itu sendiri. Jika ada masalah kita selesaikan, Jika mampu untuk kita bertumbuk



No comments:
Post a Comment