twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, April 24, 2012

Manusia + Karenah, Exam.

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji- pujian bagi Allah tuhan sekalian alam. Dengan kehendakNya kita terus hidup dan dengan kehendakNya manusia sesetengah manusia berada di atas dan ada yang terseungkur dibawah. Apa- apa pun ingatlah bahawa semua tu aturan Dia dan kita hanyalah watak di dalam satu cerita. Siapa pengarahnya? jawabnya Allah lah....

MeM 12 dah habis....

 Selama sebulan 2 minggu yang lepas berhempas pulas, akhirnya sampailah jugak masanya untuk duduk sekejap di depan laptop. Waktu- waktu macam ni barulah sedar kenapa orang suka sangat bercakap tentang masa. Dari pepatah arab sampailah ke melayu semua mesti cakap pasal masa. Jangan lupa Allah bersumpah dengan Masa di dalam surah al-'Asr menyeru agar hamba ciptaannya sentiasa dalam keadaan terarah dan memanfaatkan perkara yang paling berharga iaitu masa.

 Waktu kecik2x nih =.= jadi ad hoc untuk MeM merupakan kali pertama menguji kemampuan untuk 'deal' dengan manusia. Dari pelbagai lapisan, dari pelbagai universiti, pelbagai pemikiran, dan juga jadual masa menjadikan kita selaku budak baru belajar tentang tingkah laku manusia sentiasa tersepit dengan tindak tanduk sesetengah mereka.

Cuba bayangkan kita bekerja dengan orang yang sebelum ni kita tak pernah jumpa, tak pernah duduk sekali sembang, tak pernah kenal budi pekerti segala isi hati. Alih- alih kenal2x je terus nak minta tolong, terus nak bagi arahan, terus nak bawa berbincang. Mustahil kalau kita cakap yang dengan pandangan kali pertama kita terus tahu kelebihan, kebaikan. kelemahan dan kekurangan seseorang. Macam mana cara bekerja, semuanya nak kena disuaikan dengan diri kita secepat mungkin kalau tak kita yang tertekan. Ada orang suka bertangguh, ada orang buat kerja laju, ada orang yang suka bagi idea, suka pakai ikut je, yang lebih suka kat pasukan lain, 'perfectionist', malas dan sebagainya. Silap- silap haribulan, kalau takde yang mengalah sorang terikut-ikut perasaan, tumpas dengan kemarahan, bila perasaaan mengalahkan rasional menjadi tuan semuanya akan hancur berkecai.

Macam mana Nabi dulu agak- agaknya. Turun sahaja wahyu, dalam jangka masa 3 tahun berdakwah, Nabi membuat perjumpaan di rumah Alarqam bin Abi Arqam, mendidik para sahabat baginda sehingga boleh menjadi pendokong islam yang merupakan tulang belakang utama dalam gerakan dakwah nabi.

Strategi mantap


Nabi telah memilih untuk berkumpul di Rumah Al arqam kerana itulah antara rumah yang paling dekat dengan kaabah dan pemimpin quraisy yang lain. Supaya apabila membuat markaz yang terletak dekat dengan pemimpin quraisy yang bakal membenci islam akan mengurangkan syak wasangka terhadap gerak geri baginda dalam mencari ahli baru.

Akhlaq mantap


Elemen mantap kedua ialah akhlaq nabi. Selaku seorang murabbi yang ditarbiyah secara lansung oleh Allah, Nabi menjadi model terbaik bagi sekalian manusia. Al-Quran sekalu panduan hidu di terjemahkan oleh tinghkah laku Nabi. Walaupun dicerca, nabi tidak pernah melenting sekali pun. Sekali nabi bermasam muka, turun Surah Abasa' sebagai peringatan. Diriwayatkan sepanjang 10 tahun Anas bin Malik hidup bersama nabi tidak pernah sekalipun melihat nabi bermasam muka kepada beliau. Itu 10 tahun, ini kita yang baru sahja 2 tahun duduk dengan ahli bait kita ntah berapa kali ntah memuncung mulut, hentak kaki tanda tak puas hati.

Hasil

Selepas nabi wafat lebih daripada seribu orang sahabat nabi, hasil tarbiyah dan didikan nabi, padu dengan semangat proaktif, menyebarkan islam ke serata dunia. Dalam jangka masa yang agak singkat, tamadun rom runtuh, tamadun parsi kalah, dan akhirnya Islam menjadi kuasa besar dunia.

Pasttinya, kesabaran, ketabahan dan kekuatan yang nabi tunjukkan menjadi modal dan satu sunnah untuk kita ikuti dalam siri kehidupan kita yang pada bila2x je akan tamat. Tiada golongan dalam dunia dan kerangka waktu ini yang lebih hebat diuji berbanding nabi. Nabi Muhammadlah seorang suami terbaik, ayah terbaik, Peniaga terbaik, Strategis terbaik, Ketua Perang terbaik, Diplomat Terbaik, Ketua Terbaik, Pemimpin Terbaik, Insan Terbaik, Murabbi Terbaik melayan manusia yang pelbagai karenah dan menjadi ikutan sehingga 1400 tahun dan keatas. Dalam jangka masa 23 tahun saya yang cukup singkat.

Sesungguhnya hanya dari kisah bagindalah kita mampu untuk semangat. Kisah seorang insan yang berusaha memecahkan segala kemungkinan yang pada ketika menunjukkan Islam takkan sekali-sekali menang. Dianuti oleh golongan lemah dan miskin. Andai kata kita sentiasa terhenti untuk berusaha apabila takut akan sekali gagal fikir balik sampai botak. Perjuangan nabi lebih dahsyat. Lansung tiada kemungkinan untuk menang melainkan dari janji Allah.
akhirnya, tamat jugak...

Untuk akhirnya, terima kasih kepada farhan raduan dan sahabat2x lain kerana sudi bekerja bersama - sama terlalu banyak pengalaman untuk program kali ni. Dan Semoga berjaya dalam exam bittaufiq wannajah!














2 comments: