twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, March 15, 2013

Rehat yang Tidak Disangka - sangka

 "Wei, Jumaat ni kita buat SC main bowling dekat Panorama" Kata Azri Hisam kepada aku.

"Jumaat? ha ye la ok je"

Tutup buku Patho dan terus balik ke rumah.

  Saya masih belum bercuti semenjak daripada musim sejuk. Tempoh 3 minggu yang di'anugerah'kan oleh universiti rezeki daripadaNYA untuk di'infaq'kan pada pihak lain. Kehadiran tetamu dari Beijing, Haiyu Sabi', dan juga Malaysia, Menjadi Person In Charge dalam menguruskan kebajikan doktor, menjadi peneman doktor sepanjang keberadaan mereka selama di Malaysia.

 Cuti saya disimpul mati dengan Kursus Kepemimpinan Bakal AJKT PERUBATAN selaras seluruh Mesir. Buat insan yang baru dalam barisan Nakhoda 'ummat' di Mesir menjadikan kursus ini hukumnya 'WAJIB' untuk hadir. Tambah - tambah dengan status PERUBATAN Cawangan Kaherah yang masih bongsu. Meskipun Keluarga Kaherah sudah beranak - pinak 12 generasi namun cabaran yang dipikul tetap sama malah menghadapi cabaran 'harapan tinggi' daripada pihak lain. Akhirnya saya menamatkan 2 hari terakhir cuti dengan Perjumpaan Taakhi bersama beberapa cawangan lain atas tujuan untuk menimba pengalaman.

 Naik naik cuti, MAT 9 pun bermula. Bermula dari 8 hari yang lepas telah sah Jawatan saya selaku Exco Akademik PERUBATAN cawangan Kaherah. Lebih dari seminggu telah berlalu kini taklifan pimpinan itu saya pikul dengan sepenuh hati. Walaupun ujian dan tohmahan kata - kata kesat sedang menunggu, Badai itu akan saya terjang demi membawa pencerahan dalam diri insan tentang indahnya Hidup bertuhan yakni Allah.

 Syukur tak terhingga

 Tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata - kata ataupun tulisan, Sekilas menoleh semua itu Allah izinkan saya untuk tempuhi malah menjadikan diri saya insan yang padanya perbezaan daripada semalam dan hari ini. Sesungguhnya perjalanan untuk belajar ini semakin saya lihat terlalu jauh yang bisa dinokhtahkan oleh mati. Jika tidak jalan ini harus disusuri dengan Zuhud dan Tawaduk dalam hati.

Boling sebagai pemula?

 Hari inilah saya rasa kembali seperti pelajar 'normal' semula. Walaupun seketika tidak sampai 12 jam bersama- sama sahabat Smart Circle di Panorama International Bowling Center sedikit sebanyak mengubat lelah dalam hati. Luka - luka insyaAllah sempat di'fibrose'kan tanda peringatan bahawa perjuangan ini masih belum selesai.

 Lepas ni boleh la buka semula kertas kertas kerja dan 'planner' untuk kembali membantu sahabat2x. Sesungguhnya, terdapat banyak lagi hak mereka yang belum aku tunaikan.

Qudwah

Sudah tiba masanya baton pelari utama hinggap di tangan kami warga Generasi 10. Dengan kesedaran dan kefahaman yang ada insyaAllah saya akan terus membaiki diri (Harap - harapnya_ ditemukan dengan Murabbi) demi mencapai ridha ilahi dan seterusnya pembaikan diri ini akan di'viral'kan.

 Semoga Islam terus subur di dalam hati dan dalam masyarakat. Satu impian. Selamat berjuang!

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 

And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.[51:56]

2 comments: