twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, May 2, 2012

Cukup Sempurna

Bangun bangun pagi je, tengok-tengok dah lambat. Bilik air semua tengah guna. Baju tak habis basuh, tersadai. Yang dibasuh pun daki melekat.

Lepas mandi, siap- siap nak buat air sebelum pergi kelas, kopi habis, gula habis. Minum air kosong jela. Terpusu-pusu terus pakai kasut bekejar pergi kelas.

Sampai kelas 'time' rehat, Orang buat lawak cari pasal dengan kita. Lari pergi tempat lain, tengok orang lain meluat pulak. Ada orang ajak sembang sakitkan hati. Ada orang jumpa-jumpa terus tanya 'deadline' kerja. Terus tegur marah.

Balik- balik kelas je, kena 'blame'. Baru nak study tempat study tunggang langgang malam semalam punya kopi tumpah tak lap lagi.

Memang si A yang salah, si B, Si C sampaila Z semua bersalah. Dia salah, ENGKAU pun salah.

Aku masih kurang pandai bercakap, aku masih tak pandai menyanyi, aku tak pandai belajar, Selalu bazir masa, Semua ak tak boleh. Kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain? bahagia je?

Kenapa akulah yang PALING sengsara, PALING selau dituding jari. Aku bukan kuat sangat pun! aku bukan pandai sangat pun! kenapa korang mesti nak salahkan aku?


*********

Siapa pernah sangka hari dia akan jadi sangat teruk. Siapa sangka yang semua masalah tiba- tiba terpundak ke atas bahu kita. Masalah di depan mata, masalah di di Malaysia. Masalah dengan ahli bait, masalah dekat rumah. Siapa yang pernah meminta? siapa?

Adakalanya kita merasakan bahawa seluruh kuasa alam berpaling pada diri kita. Dan kita hanyalah insan biasa. Ya Insan biasa hakikatnya ialah kekuatan kita. Sebab kita tak perlu bergantung pada diri kita. Kita hanya perlu bergantung pada Kekuatan Allah.

Buat apa kita bergantung pada diri kita, kerana diri kita tidak pernah kuat. Buat apa kita bergantung pada diri orang lain sebab mereka belum pasti mampu untuk menolong kita, Bergantunglah kepada Allah Zat yang tidak akan mati yang mana seluruh kuasa alam ini hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada kekuatannya.

Jika merasakan diri kita terlalu kurang, memang hakikatnya diri kita ni kurang, kita tidak pernah layak untuk merasa lebih, kerana semua ini hanyalah pinjaman. Untuk menjadi lebih baik tidak perlu kita kelamkan dengan segala kekurang kita. Sebaliknya berdoalah kerana kita sentiasa lemah.

Jika bengang terhadap orang lain, ingatlah manusia tidak pernah sempurna, tidak pernah sempurna saling menyakiti, tetapi adakah kita akan kalah kepada perbuatan buruk orang? Nabi dulu keadaan beliau seribu kali teruk berbanding kita. Pandanglah dengan pandangan rahmat, keburukan itu satu ujian untuk diri mereka. Malah andai kita mengaku kita ada kekurangan, barangkali kekurangan kita menjadi modal mengumpat dan sakit hati orang lain? jadi patut ke kita sakit hati kepada ornag lain??

Perancangan Allah sentiasa yang terbaik untuk kita. Sentiasalah bersangkan baik kepada Nya. Kerana Dia berada pada sangkaan hambanya. Maka sentiasalah bersangka baik kepada Allah.

Segalanya sudah cukup sempurna.
=D

p/s: cerita hanya rekaan semata-mata.






No comments:

Post a Comment