twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Thursday, March 29, 2012

Daripada tunas ke sekuntum bunga

 Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

 Alhamdulillah, wassolatu wassalamun 'ala asyrafil anbia i walmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajmai'n.

Alhamdulillah juga pagi ni tergerak hati nak tulis blog, sejak sekian lama tertunda, hari ini barulah ada sedikit idea dan juga SEMANGAT untuk menulis.

Alhamdulillah juga pada hari ini pandangan kita di sekeliling kita dihiasi dengan pemandangan yang cukup indah, Mesir pada waktu ni sedang dalam transisi ke musim panas, di antara musim sejuk dan panas, terbit bunga-bunga daripada tidur yang sangat lena. Bagi Mesir yang hanya mempunyai dua musim, musim bunga kurang menyerlah, cumanya di depan Gam'ah pohon-pohon yang selama ni hijau menjadi merah, pakcik pakcik arab mula menjual bunga di tepi jalan.

musim bunga 2012 naik basikal gi piramid
 Melihat pohon2x yang begitu segar mengembang di musim bunga, rasa sangat bersyukur setelah sekian lama mata ni sunyi dengan dengan redup warna pohon-pohon hijau dan warna bunga yg cntik membuatkan saya teringat semula tentang diri kita.

إنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاس وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤

Albaqarah ayat 25

:Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, kapal yang berlayar di lautan,
:yang bermanfaat buat manusia. Apa yang diturunkan Allah melalui langit ialah air, lalu dengan itu Allah menghidupkan bumi yang telah mati

: dan dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan antara langit dan bumi.

: sungguh ia merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti.



Musim sejuk yang lalu bunga-bunga dan pokok-pokok yang kita lihat hari ini hanyalah tunas yang kecil.
Berhempas pulas untuk mengharungi angin musim sejuk yang kencang. Ditiup ke kiri dan ke kanan. Pada bila-bila masa saja akar serabutnya boleh tercabut. Di kacau oleh binatang-binatang liar. Serangga-serangga pemangsa yang berminat untuk memusnahkan peluang si bunga untuk terus hidup.  Tidak kurang juga 'rakan-rakan' parasit si rumput-rumput yang dengki melihat potensi bunga cuba untuk mencuri stok khasiat bumi daripada simpanan si bunga. Dengan harapan agar si bunga mati kekeringan dan akhirnya terkulai layu. Di carik-carik tangan manusia yang melewatinya, semua tu bunga terpaksa harungi tanpa sedikit kemampuan untuk membangkang ataupun berteriak.




Tetapi bunga tetap terus teguh, berpaut pada sang tanah sedaya ampu dengan akar-akar halusnya. Menyerap segala nutrisi2x agar dapat kembali pulih setelah diserang bertubi-tubi. Daun-daun dengan gigih mengembang seluas-luasnya untuk menyerap setiap zarah cahaya dari Dari matahari demi fotosintesis. Akar-akar di dalam tanah, selain mencengkam erat menjalar, menembusi ketul-ketul tanah keras demi mencari titisan air bekalan untuk meneruskan kehidupan.

Berpuluh-puluh hari, siang malam silih berganti, suhu berubah-rubah sekejap suam sekejap beku, sekejap terik, Tapi bunga tak memilih untuk berhenti terus menerus melakukan rutin. Akhirnya, apabila datangnya saat musim panas, langit menjadi cerah, bunga pun berputik. Menghiasi bumi, dan menyejukkan pandangan orang-orang yang melewatinya.



Pada saya hayat sekuntum bunga merupakan satu inspirasi( walaupun cam jambu sket). Memilih untuk terus hidup mencengkam tanah kotor, melewati setiap kesusahan demi tumbuh mekar molek dilihat orang ramai. Bunga boleh saja mengalah, berhenti berpaut dengan tanah membiarkan dirinya dicabut dan disimpan di rumah, tetapi dia tahu yang hayatnya tidak lama, di pasu dia akan mati kering dicampak ke tong sampah, di'flush' di dalam jambann dan sebagainya. Terus mekar di tanah memberi manfaat kepada-kepada makhluk2x lain dari pelbagai aspek. dan jika bunga mati setelah berkhidmat, dia akan bertukar menjadi humus memberi manfaat buat generasi seterusnya....

No comments:

Post a Comment