twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)
Showing posts with label Karutan... Show all posts
Showing posts with label Karutan... Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Summer All Out.


Bismillah Ar- Rahman Ar-Rahim,

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

   Semenjak cuti Saif (musim panas) bermula makin banyak nikmat masa lapang yang dikurniakan macam macam benda boleh buat(sepatutnya!!!). Sedari awal pengajian tahun 1 senior sentiasa ingatkan bagi mereka yang tidak pulang ke Malaysia;

  "Pengalaman ana, Korang kalau tak 'plan' cuti musim panas ni. 'CONFIRM' akan boring  
   gila!!".

     Benar memang sahihlah nasihat mereka jika kita tidak plan untuk aktiviti kita memang kita tidak akan dapat apa-apa!!!!. Apa yang kita dapat buat hanyalah duduk dihadapan 'laptop' berjam - jam lamanya kemudian tidur. Katil tu hanya ditinggalkan untuk solat sahaja ataupun pergi tandas(tambah tambah bulan puasa ni makin kuranglah melawat......). Itu pun nasib baik tinggalkan kalau tak kerana ahli bait kejut, sedarkan, panggil ataupun tempik memang berkubanglah atas kamar selamanya.

    Alhamdulillah doa ana Allah makbulkan supaya cuti ini dapat dimanfaatkan. Masuk terus kelas 'pecutan' bahas arab 1 hari 5 jam untuk belajar Qit'ah(petikan) dan Muhaddasah(perbualan) dengan harapan akan meningkatlah 'skill' bahasa Arab.

   Sebelum ramadan tiba ana menghabiskan minggu minggu terakhir bulan julai dengan berenang. Alhamdulillah dah TIMBUL. sekejap pun jadilah lama-lama nanti macam ikanlah insyaAllah.


Perghhh nampak macam terisi. Jadi apa yang nak dirisaukan????


  SEND IT ALL OUT
     Memang nampak macam masa seakan akan terisi tapi bukan terisi saja yang kita minta tapi biarlah usaha itu mendatangkan natijah. Daripada berfikir berapa banyak yang kita dah buat baik fikir berapa banyak yang kita buat itu kita hayati dan kuasai

     Datang markaz pun lambat kesian ustazah Raja’ dan Ustaz Mahmud pagi tadi seolah olah kemucak kepada datang lewat bila semua ahli ‘group’ datang lebih lewat daripada 40 minit gara gara terlajak tidur. Perghh memang terkilan dengan dengan diri sendiri.

Buat penulis dan rakan-rakan semoga cuti ini dan ramadan ini membawa makna denga keikhlasan dan istiqamah amalan kita. Buatlah sehabis baik kerana ajal tak mengenal usia.