twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, December 21, 2011

Taken but for Granted.

 It took countless thinking to make this title sounds right. I am fully opened to any criticism. If I am wrong you are pleased to knock me out of the trance.

 Things that revolve around us never meant for coincidence nor pointless. For every things that happens there must be reason, for every happiness there must a message and no matter how harsh the adversity strikes you will never traverse it for nothing.

 What happen to me right now is quite a dilemma. I cannot project my focus point to any part of my work. Part of me predominates the other.

 We may happen to stumble upon the challenge in our life. But storms and strong currents make us appreciate what we already have. I have conquered this problem. It is no longer a so-called dilemma but it is a journey of knowing our Creator and me myself as a merciful gift from him.

I started to fit in my new routine. The key is don;t take what happens in front of you for granted. When you are in the lecture focus because it shapes the next few minutes of your life. When you are with friends know them better. When you are in front of computer, use it to make your life better. And most importantly when we in Solat make sure we draw every ounce of our concentration for HIM as He is the One Who Shape our mere WORLD. thank you Allah Alhamdulillah.

Successful indeed are the believers. those who humble themselves in their prayers. (Surah Almu'minuum verse 1-2)

Moral: we always think that we were not given enough joy, space and time in our life. It is absolutely wrong. When we sad, we are able to feel joy. When we feel suffocated we will treasure time and space. and actually when we feel busy that is the time when we realize that world is to small to feel enough. Let's strive for PARADISE!

Friday, December 16, 2011

Kerana ini yang Terbaik.

 Tiada siapa pernah terfikir ini akan terjadi dalam hidup. Langkah memang diatur tetapi siapa tahu tiba tiba ada cahaya di tengah jalan. Ataupun tembok penghadang. Saya pun tidak pernah merancang. Jiwa turun naik. Apatah lagi kali pertama dan yang paling muda. Bukan mudah nak ubah persepsi orang. Ombak perubahan takkan dibina sekali hadap dengan masyarakat.

 Siapa saya untuk kata tidak takut. Ada saja ketar dalam jiwa. Tapi saya tahu ini bukan rancangan saya. Bukan permintaan saya. Bukan atas dasar suka-suka tapi kerana ini saya rasa perlu. Dan saya tahu ini yang paling terbaik untuk diri saya, sekeliling saya dunia dan akhirat saya. Ini RANCANGAN ALLAH. bukan saya.

 Dan kerana ini yang terbaik jiwa saya akan terus yakin. Akan terus bercita-cita. INI BUKAN SIA-SIA. SAYA BUKAN SIA SIA. Sama ada akan naik atau tidak itu milik dia yang memegang jutaan jiwa dari dulu hingga kini. malah sebelum dulu.

Niat saya saya yakin jelas untuk membantu kerana ALLAH. Mohon doakan. ALLAH tolong lah jiwa aku.

p/s:Rakan - rakan yang terbaca dan kini dalam pilihan cabang hidup dan membuat loncatan dalam diri jangan putus asa kerana INI yang TERBAIK untuk KITA. =D

sekian.

mood= terus berdoa.

Sunday, November 27, 2011

Ribut November

  Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dari diri aku yang lemah ini ucapkan kepada Tuhan yang tiada Zat yang Lain dan Yang Maha Esa melainkanNya. Setiap sedutan nafas dan udara bersih dan juga nikmat yang sering dipandang enteng oleh umat manusia iaitu tubuh yang berfungsi mengikut kadar physiology yang sempurna. setiap sel yang bergerak dan bertindak memainkan peranan ibarat melodi yang paling sempurna jauh dari sebarang cacat cela. Alhamdulillah Alhamdulillah. Alhamdulillah.

 Disebalik segala kekalutan akhirnya dapat juga meluangkan masa di hadapan laptop untuk menulis serba serbi kehidupan. November kali ini berlalu dengan sangat cepat. sambutan raya haji, Mansoura, exam-exam kecil, dan juga tanggungjawab sampingan lain segalanya menarik dan menggugat nilai keseimbangan dalam hidup. Sekejap tarik yang sana, sini terlepas, tarik yang sini sana terlepas. Kekadang naik tarik sana tarik sini diri yang terlepas, terkandas sampai terbabas. Dihimpit tekanan, kesakitan. Apa boleh buat semuanya sudah berlaku.

 Dalam masa tertekan tentulah melepaskan segala tanggungjawab yang terbeban dipundak takkan menyelesaikan masalah. nak cuba lari, alih-alih bertemu di pengakhiran keseronokan. Last-Last sekali terbabas, terkandas....... CEDERA PARAH. berdarah darah.

 Cepat cepat lari cari ketenangan sementara utuk menilai semula masalah dan buat checklist dan plan bagaimana nak selesaikan. Datang Bah yang besar berubah segala rancangan. Lemas!!!. tak tentu pasal.

'Apabila semua jalan di bawah tertutup. Pintu langit sentiasa Terbuka'.
                                                                                                                    -HAMKA-

Berteleku di atas sajadah, di tepi jalan kumat kamit membaca zikir. Saat tu nak luahkan perasaan kat semua tapi tahu takde sesiapa yang akan paham. Barulah sedar saat itu, apabila nampak orang lain ada masalah nampak ada insan yang gembira tenang dan sangat menikmati kehidupan mereka. Hati aku baru tersentak.

'Hebatnya Allah kehidupan setiap makhluk dia yang aturkan dengan sebaik-baik perancangan bagi makhluk. Tanpa ada sedikit cacat cela' Semuanya berhikmah. semuanya berakhir dengan keindahan.

Dalam surah albaqarah Allah berfirman:
  
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 

 Datang rasa kuat. Insya Allah aku boleh buat!!

 Akhirnya aku sudah pun melepasi semua. Lambat laun urusan itu akan datang dan dia pasti akang pergi. Soalnya bila ia dah berlalu adakah kita akan menjadi insan yang lebih baik??????. Lebih menyeronokkan apabila semuanya diselesaikan dengan sempurna. Ibrah dan hasilnya jugak. 

'Memang kita akan rasa marah apabila pelan asal datang masalah. berubah. datang dari arah yang kita tak pernah nampak. sangat tertekan. Tapi sebenarnya rujuk semula petikan ayat Al-quran diiatas. Masalah ini hakikatnya ibarat tali yang mengikat kita dengan satu kenyataan KITA NI LEMAH!!!!. tapi kita perlukan kekuatan dan kebijaksanaan. Saat cemas ini baru kita sedar yang kita ni hamba yang meminjam anugerah tuhan. dan anugerah yang kita anggap penting ni barulah sebahagian daripada kekusaan DIA. belum lagi keadilan dan kebijaksaannya yang lain. malah yang lebih BESAR lagi.
 
 Masalah memberikan kita pengalaman untuk menjadi lebih kuat andai ribut datang sekali lagi aku dah tahu layar mana yang perlu dibentangkan. Arah mana yang nak dikemudi dan paling penting Asas apa yang nak digunakan. Terima kasih Ribut bulan ini.




Tuesday, November 8, 2011

Manipulate..... God Will

Lately, I encountered many problems. BIG TIME problem. And  it is crushing my spirit. But I cannot Give In. Problems that happen on matters that I am not able to manipulate. It just Happe!. Only Allah knows when will it be solved.  I am lack of skills, experience and kowledges to do this.

Till then I will just wait and see and never stop trying.

I asked for Strength , and Allah gave me difficulties to make me strong.


I asked for wisdom , and Allah gave me problems to solve.

I asked for Courage , and Allah gave me obstacles to overcome.

I asked for Love , and Allah gave me TROUBLED people to HELP.

I asked for favors , and Allah gave me opportunities.

Maybe I received nothing I wanted, but I received everything i needed.

Ya Allah semoga aku menjadi dalam kalangan orang yang kuat dan tabah. Amin





credit to my newly acquainted friend Is Afiq. 



Thursday, November 3, 2011

Kembali

 OK satu pengumuman saya deactivate facebook saya. ;D hahahahaha.

 Baru sebulan menempuh kemudi hidupan yang semakin meningkat. Dah tahun dua dah rupanya.' Al aan ana lesah fi sanah thaniah.'

 Siang dan Malam silih berganti sedar sedar disinilah aku. Ada hajat besar tahun ni. Memecut dengan pecutan padu untuk menuai ilmu sedaya mampu. Tetapi sesekali toleh kebelakang, baru sedikit hasilnya. banyak lagi usaha yang perlu dilaburkan perit jerih sebuah pengembaraan.

 Hampir setahun tak berjumpa dengan  ahli keluarga rindu betul rasanya. heheheheehe.

 Seronok betul rasanya di bumi mesir cuti kali ini. Paling seronok. Masa kosong yang panjang memberi ruang untuk keluar dari kepompong kehidupan biasa pelajar Medik di Mesir. Mencari rumah, Pergi ke kelas-kelas, Berjumpa macam macam ragam orang. Hanya yang tak balik sahaja akan merasainya.

 Sekarang aku kembali semula ke norma kehidupan yang biasa. Bersama kawan- kawan belajar bersama-sama. Soal berapa banyak yang aku telah dapat bukanlah perkara yang sepatutnya diutarakan tetapi soalnya berapa banyak yang aku telah dapat dan aku ingin aplikasi dalam kehidupan aku.

 Semoga berterusan hendaknya buat semua rakan rakan sebulah telah berlalu. Lusa Raya Haji, Lepas ni nak buat apa. Ya Allah kepada mu kembali segala urusan izinkanlah aku untuk mendapat kebaikan dunia akhirat.
 

Monday, September 26, 2011

Di mana saya dalam Suara Palestin?


19 tahun dalam kemudi kehidupan yang senang lenang. Benar sememangnya tetap wujud gelombang cabaran namun pada saya itu terlalu kecil dengan nikmat yang dikecapi sekarang. 

Bagi setiap peringkat umur saya hanya perlu fikir untuk belajar dan bagaimana untuk kenyangkan perut. Hidup semuanya cukup. Makan cukup, Baju cukup, Duit ada, tempat tinggal ada, Ibu Bapa pun sihat. tak pernah terfikir pulak... yang..



'Ehhh hari ni sapa la yang akan bunuh aku.?'

Macam mana la hari ni? kena bom? kena tembak? kena Penggal? kena seksa?

Mereka kena bakar dengan ledakan sulfur.. kita di sini hanya duduk di depan internet online...

Mereka mencari-cari tempat persembunyian untuk terus hidup takut takut kena bunuh.... kita di sini boleh sembang, main futsal, berenang tanpa seikit pun perasaan risau.

Masa untuk kita menilai semula. Jujur saya katakan baru baru ini sahaja hati ini terdetik untuk mengintai apa yang terjadi di SANA. tetapi perjuangan mereka telah lama bermula malah lebih tua daripada diri saya. Buatlah apa yang termampu dengan segala autoriti yang kita ada.

Jika mampu mencurahkan kesedaran kepada yang lain. Sedarkan mereka!

Jika mampu boikot. Jauhkan selagi mana kita mampu!

Ini pasti.. Jika mampu berdoa, sekali sekala terlintas DOA, DOA lah selebih itu dalam ruang lingkup kuasa si DIA. DIA yang MAHA Berkuasa. Kita Hamba mesti Berusaha.



Jika saya di tanya. Bagaimana keadaan jiwa mereka. Pada hemat saya Jiwa mereka lebih bebas dari jiwa saya. Astaghfirullah akhir sekali saya bertanya kepada diri anda semula. DIMANA anda dalam SUARA PALESTIN.


Tuesday, August 2, 2011

Summer All Out.


Bismillah Ar- Rahman Ar-Rahim,

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

   Semenjak cuti Saif (musim panas) bermula makin banyak nikmat masa lapang yang dikurniakan macam macam benda boleh buat(sepatutnya!!!). Sedari awal pengajian tahun 1 senior sentiasa ingatkan bagi mereka yang tidak pulang ke Malaysia;

  "Pengalaman ana, Korang kalau tak 'plan' cuti musim panas ni. 'CONFIRM' akan boring  
   gila!!".

     Benar memang sahihlah nasihat mereka jika kita tidak plan untuk aktiviti kita memang kita tidak akan dapat apa-apa!!!!. Apa yang kita dapat buat hanyalah duduk dihadapan 'laptop' berjam - jam lamanya kemudian tidur. Katil tu hanya ditinggalkan untuk solat sahaja ataupun pergi tandas(tambah tambah bulan puasa ni makin kuranglah melawat......). Itu pun nasib baik tinggalkan kalau tak kerana ahli bait kejut, sedarkan, panggil ataupun tempik memang berkubanglah atas kamar selamanya.

    Alhamdulillah doa ana Allah makbulkan supaya cuti ini dapat dimanfaatkan. Masuk terus kelas 'pecutan' bahas arab 1 hari 5 jam untuk belajar Qit'ah(petikan) dan Muhaddasah(perbualan) dengan harapan akan meningkatlah 'skill' bahasa Arab.

   Sebelum ramadan tiba ana menghabiskan minggu minggu terakhir bulan julai dengan berenang. Alhamdulillah dah TIMBUL. sekejap pun jadilah lama-lama nanti macam ikanlah insyaAllah.


Perghhh nampak macam terisi. Jadi apa yang nak dirisaukan????


  SEND IT ALL OUT
     Memang nampak macam masa seakan akan terisi tapi bukan terisi saja yang kita minta tapi biarlah usaha itu mendatangkan natijah. Daripada berfikir berapa banyak yang kita dah buat baik fikir berapa banyak yang kita buat itu kita hayati dan kuasai

     Datang markaz pun lambat kesian ustazah Raja’ dan Ustaz Mahmud pagi tadi seolah olah kemucak kepada datang lewat bila semua ahli ‘group’ datang lebih lewat daripada 40 minit gara gara terlajak tidur. Perghh memang terkilan dengan dengan diri sendiri.

Buat penulis dan rakan-rakan semoga cuti ini dan ramadan ini membawa makna denga keikhlasan dan istiqamah amalan kita. Buatlah sehabis baik kerana ajal tak mengenal usia.