twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, August 2, 2011

Summer All Out.


Bismillah Ar- Rahman Ar-Rahim,

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

   Semenjak cuti Saif (musim panas) bermula makin banyak nikmat masa lapang yang dikurniakan macam macam benda boleh buat(sepatutnya!!!). Sedari awal pengajian tahun 1 senior sentiasa ingatkan bagi mereka yang tidak pulang ke Malaysia;

  "Pengalaman ana, Korang kalau tak 'plan' cuti musim panas ni. 'CONFIRM' akan boring  
   gila!!".

     Benar memang sahihlah nasihat mereka jika kita tidak plan untuk aktiviti kita memang kita tidak akan dapat apa-apa!!!!. Apa yang kita dapat buat hanyalah duduk dihadapan 'laptop' berjam - jam lamanya kemudian tidur. Katil tu hanya ditinggalkan untuk solat sahaja ataupun pergi tandas(tambah tambah bulan puasa ni makin kuranglah melawat......). Itu pun nasib baik tinggalkan kalau tak kerana ahli bait kejut, sedarkan, panggil ataupun tempik memang berkubanglah atas kamar selamanya.

    Alhamdulillah doa ana Allah makbulkan supaya cuti ini dapat dimanfaatkan. Masuk terus kelas 'pecutan' bahas arab 1 hari 5 jam untuk belajar Qit'ah(petikan) dan Muhaddasah(perbualan) dengan harapan akan meningkatlah 'skill' bahasa Arab.

   Sebelum ramadan tiba ana menghabiskan minggu minggu terakhir bulan julai dengan berenang. Alhamdulillah dah TIMBUL. sekejap pun jadilah lama-lama nanti macam ikanlah insyaAllah.


Perghhh nampak macam terisi. Jadi apa yang nak dirisaukan????


  SEND IT ALL OUT
     Memang nampak macam masa seakan akan terisi tapi bukan terisi saja yang kita minta tapi biarlah usaha itu mendatangkan natijah. Daripada berfikir berapa banyak yang kita dah buat baik fikir berapa banyak yang kita buat itu kita hayati dan kuasai

     Datang markaz pun lambat kesian ustazah Raja’ dan Ustaz Mahmud pagi tadi seolah olah kemucak kepada datang lewat bila semua ahli ‘group’ datang lebih lewat daripada 40 minit gara gara terlajak tidur. Perghh memang terkilan dengan dengan diri sendiri.

Buat penulis dan rakan-rakan semoga cuti ini dan ramadan ini membawa makna denga keikhlasan dan istiqamah amalan kita. Buatlah sehabis baik kerana ajal tak mengenal usia.


4 comments:

  1. kamu ambil kelas arab di markaz depan rumah kauthar tu ya? Kak pun sepatutnya menghadiri kelas arab dan AQ juga dengan ustazah Jihad. Memandangkan kak di malaysia, mungkin pengajian dilaksanakan melalui skype sahaja.

    kaut ilmu banyak2. kamu baru tahun satu. terlalu banyak masa untuk menuntut ilmu. jangan jadi macam kami. naik tahun empat dahulu baru sedar dah tak banyak masa untuk belajar bahasa arab sebelum pulang berkhidmat di tanah air.

    6 tahun kalau tak mampu berbahasa arab fushah dengan baik, memang rugi

    (erk, minta maaf. panjang pula komennya. Ramadhan Kareem Iqbal)

    ReplyDelete
  2. ohh terima kasih kak. aii dahsyat gila belajar guna skype. ustazah jihad isteri ustaz mahmud tu ka?

    insyaAllah doakan kami semua.

    ReplyDelete
  3. eh bal..kau bikin aku jeles je...xpe2..nanti aku kaut ilmu arab dengan ko lak oke!
    jeles sgt nih.dok kat malaysia mmg byk masa terbuang.tobat taun depan x nak balik!:))

    ReplyDelete
  4. luqman: hahahaha tak de arrh tak yah jeles mana pon... tapi serius makin belajar makin rasa bodoh dalam bahasa arab..

    ReplyDelete