Bagi setiap peringkat umur saya hanya perlu fikir untuk belajar dan bagaimana untuk kenyangkan perut. Hidup semuanya cukup. Makan cukup, Baju cukup, Duit ada, tempat tinggal ada, Ibu Bapa pun sihat. tak pernah terfikir pulak... yang..
'Ehhh hari ni sapa la yang akan bunuh aku.?'
Macam mana la hari ni? kena bom? kena tembak? kena Penggal? kena seksa?
Mereka kena bakar dengan ledakan sulfur.. kita di sini hanya duduk di depan internet online...
Mereka mencari-cari tempat persembunyian untuk terus hidup takut takut kena bunuh.... kita di sini boleh sembang, main futsal, berenang tanpa seikit pun perasaan risau.
Masa untuk kita menilai semula. Jujur saya katakan baru baru ini sahaja hati ini terdetik untuk mengintai apa yang terjadi di SANA. tetapi perjuangan mereka telah lama bermula malah lebih tua daripada diri saya. Buatlah apa yang termampu dengan segala autoriti yang kita ada.
Jika mampu mencurahkan kesedaran kepada yang lain. Sedarkan mereka!
Jika mampu boikot. Jauhkan selagi mana kita mampu!
Ini pasti.. Jika mampu berdoa, sekali sekala terlintas DOA, DOA lah selebih itu dalam ruang lingkup kuasa si DIA. DIA yang MAHA Berkuasa. Kita Hamba mesti Berusaha.
Jika saya di tanya. Bagaimana keadaan jiwa mereka. Pada hemat saya Jiwa mereka lebih bebas dari jiwa saya. Astaghfirullah akhir sekali saya bertanya kepada diri anda semula. DIMANA anda dalam SUARA PALESTIN.





No comments:
Post a Comment