Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Orang pernah cakap yang belajar di sekolah ni teori semata-mata kurang sangat praktikalnya. Kurang penghayatan. Belajar semata-mata untuk periksa!! Meskipun ada penilaian dari segi praktikal, orang mesti pertikaikan. kata mereka,
'praktikal pun cikgu yang bagi jawapan, tinggal nak salin je skema jawapan. Jadi mana ada praktikalnya!.
ataupun
'ala 'time' kerja kursus matematik tambahan dulu pun kita 'copy paste' je mana ada kesan!.
Waktu kat sekolah dulupun kebanyakan penilaian berdasarkan markah. Yang dapat markah tinggi dikatakan pandai, yang markah KOKU 'top' orang akan anggap aktif dan yang paling sedih ada orang akan anggap bila keputusan kita rendah, orang akan anggap kita ini 'kurang bijak'. Sedih kan!
Kesan ini lebih menyedihkan bila skop pemikiran ini bukan hanya dimiliki oleh 'persekitaran' tapi sebenarnya terhadap pelajar itu sendiri.
Di sini ana ingin tekankan mengenai pelajar yang cemerlang. Mungkin ada dalam kalangan pelajar cemerlang ini yang hakikatnya kurang menghayati kecemerlangan yang kita ada.
Apa penghayatannya?
Ehh Macam mana? tak cukup cemerlang ke?
Sebenarnya cuba kita teliti baik-baik, buka mata hati, fahami dengan baik.
Hakikatnya tujuan kita hadir ke sekolah bukanlah untuk mendapat no.1 ataupun 'at least' 'top ten'. 5A, 9A, 11A+ semua itu hanyalah ilusi. Ilusi????. Tak lebih tepaat ialah sekadar wasilah untuk memangkin semangat menuntut ilmu. Apa yang kita cari ialah sebalik daripada 'straight A' itu sendiri. iaitu ILMU. ya ILMU.
Kita masuk kelas belajar dengan guru adalah untuk menuntut ilmu. Ilmu akademik.
Kita pergi KOKU berkawat dan bepersatuan adalah untuk menuntut ilmu. Ilmu Sahsiah dan kepimpinan.
Bersukan itu sendiri pun satu ilmu yang kita dapat dalam kita sedar atau tidak. Hubungan dengan rakan-rakan pasti semakin erat. Ilmu memimpin dan yang paling ketara tubuh yang sihat itu dapat kita gunakan dalam kembara ilmu sepanjang kehidupan.
Kebelakangan ini semakin aku sedar betapa banyaknya sekolah telah mengajar aku secara lansung ataupun tidak lansung. Dari aspek teori mahupun pengajaran yang diperoleh berdasarkan pengalaman masa lampau dan juga kesilapan2x yang dilakukan. Aku tidak keluar dari sekolah dengan 'straight A's dan juga 'A' di sijil KoKU ku. Aku dapat lebih daripada itu. Ilmu yang aku peroleh amat bermakna di mana aplikasinya bukan tertumpu pada sifat 'medic' itu sendiri malah segenap kehidupan.
Pembelajaran berasaskan peperiksaan mengajar diri ini untuk sentiasa mempunyai matlamat jelas dalam kehidupan. Sudah terbukti matlamat jelas itu, membimbing aku untuk berdiri di Bumi Mesir. Dengan kesedaran yang tinggi sewaktu SPM itulah membantu aku untuk menjadi seorang doktor.
Penyertaan dalam perdebatan, mengajar aku betapa pentingnya pendirian. Sinergi pendirian, strategi dan teknik yang mantap membantu aku untuk mendapat 'pengalaman bermakna' dalam 'karier' pendebat. hehehe adalah...
Yang lebih penting aku semakin sedar bahawa kelebihan dalam berkata-kata ini sebenarnya satu nikmat yang amat besar. Dan pada aku ini adalah satu tanggungjawab sebagai satu tuntutan kepada diri aku untuk membantu Islam. Berdebat bukan lagi untuk usul dibahaskan 'ALA PARLIMEN' or specifically parliamentary stlye' tetapi
'Berdebat demi kebenaran dengan kebenaran. '
Dalam aspek sukan. Aku akui mempunyai sedikit kelemahan dari aspek ini. EIII segannya nak mengaku. Tetapi semakin sukar untuk aku menguasainya semakin banyak hikmah2x yang dapat dipelajari.
bersukan membantu merapatkan ukhwah.
bersukan meningkatkan ketajaman minda.
bersukan melatih diri untuk sentiasa bersikap rasional.
bersukan melatih diri untuk berfikir dengan cepat sebelum bertindak. :D.
dan yang paling penting aku akhirnya mampu untuk memukul bola sehingga ke 'outfield' selepas beberapa tahun bermain 'sukan ini'. memang memalukan, tetapi tak mengapa, kerana di sini terletaknya nilai yang paling berharga 'BERUSAHA BERMATI-MATIAN, MESKIPUN TERLALU DAHSYAT CABARANNYA. KELAK AKAN DATANG JUA HASILNYA.
Kenangan yang amat manis apabila pasukan yang terdiri diri aku sendiri berjaya mendapat johan dengan markahnya disumbang oleh aku sendiri si 'budak simpanan'. T.T ;D. hahaha
Perjalanan kehidupan di alam persekolahan telah pun diselongkar, begitu banyak ilmu yang ku dapat. Maka tiba masanya untuk diaplikasikan. sedikit demi sedikit semakin dapat aku kuasai. Namun perjalanan masih panjang. Penuh dengan ilmu, keseronokan, cabaran dan juga kesedihan. tetapi tak mengapa kerana ALLAH sentiasa disisi.
Entum pula bagaimana? fikir-fikirkanlah....