Kita sering merasa yang diri kita ini hebat. Semua benda kita boleh buat dan semua perkara yang berlaku adalah kerana kemapuan kita untuk melaksanakan segala tuntutan. Kepakaran dalam menyelesaikan segala permasalahan maka di situ timbulnya bisikan dari syaitan untuk sentiasa merasa diri kita lebih hebat daripada yang lain.
Pada ana tidak, ana membenci andai diri ini terlintas perasaan dalam lubuk hati. Ana membenci andai ana ternampak ‘kejahatan’ ini berlaku dalam orang lain terus terang ana katakana ana benci sifat ini sesungguh-sungguhnya.
Pastinya telinga tidak pernah lokek daripada mendengar ingat bahawa kelebihan ini hanyalah satu pinjaman daripada tuhan. Nah sekarang daripada asyik menutup hati dengan pelindung besi cuba fikirkan!.
1. Kita rasa sangat hebat dalam bermain bola sepak selepas Berjaya menjaringkan gol pihak lawan.
a. Tapi pernah tak kita terfikir bahawa kita berjaya menjaringkan gol itu ialah hasil penat lelah rakan sepasukan kita menghantar bola dengan cantik kepada kita. Tanpa kerjasama mereka pasti bola itu takkan sampai kepada kita.
2. Kita rasa hebat kerana telah terpilih untuk menjadi seorang pengarah ‘Grand Dinner’ yang telah berlansung dengan jayanya. Bangga gila rasanya.
a. Tapi pernah tak kita fikir bahawa ‘Grand Dinner’ itu tidak akan berjaya tanpa dedikasi semua AJK-Ajk. Malah kalau nak lebih berkira-kira Grand Dinner itu takkan berjaya tanpa kerjasama daripada kumpulan sasarannya.
3. Kita rasa hebat kerana kita telah dikurniakan pelbagai kelebihan yang istimewa. Perghh yang ni lagi bangga. Tambah pulak kita makin suka untuk membandingkan kemampuan kita dengan orang lain yang kita pandang lekeh.
a. Tapi pernah tak kita fikir bahawa masing-masing ada kelebihan masing dan juga kelemahan masing. Bila yang seorang ni bertarung di padang orang lain mestilah seorang ni akan lebih hebat berbanding sifulan. Tetapi cuba kalau pemain bola sepak berlawan hujah dengan ‘lawyer’ di mahkamah, mestilah lawyer menang.
4. Last sekali kita sering rasa kita sangat hebat apabila kita suka nak menang dalam percakapan.
a. Tapi pernahh tak kita terfikir yang menangnya kita ‘perbahasan remeh’ itu kerana kawan kita yang sanggup mengalah.
Ketahuilah bahawa dunia ini bukan milik kita. Kelebihan ditangan kita adalah hasil belas kasihan Tuhan kepada kita. Andai mata hati kita buta maka kita akan rasa itu semua hasil daripada kekuatan kita. Tetapi bukalah mata hati anda seluas-luas maka anda mungkin sedikit sebanyak dapat melihat gerak kerja Tuhan untuk membantu anda berjaya.
Fikirkanlah anda ingin berjaya di mata manusia
Ataupun ingin membawa kejayaan itu beserta keredaan padanya.
Tidak salah untuk rasa ‘superior’ pada keadaan tertentu tetapi kalau kita ingin rasa ‘superior’ kerana ‘superior’ itu milik kita maka fikir-fikirkanlah.
P/s; baru lepas Grand Dinner. Tetapi artikel ini tidak melibatkan pengarahnya. BEST!!!!!.
| aku dan azri hisam di meja paling belakang. |


x sebut ke pasal debat kawen ko bal??hehebtw..niceee....!
ReplyDeleteak terase..
ReplyDeletebravo 3laik.
ReplyDeletelama tak dgr tazkirah dr kau.
moga dpt manfaat bersama.
luqman: kahwin lepas ni kekal dalam doa. dan moga termakbul :P
ReplyDeleteZainol; apa kes? ahahaaa
ahmad: thank you melawat
oh, awak jadi tuan pengarah ya?
ReplyDeletekalau ya, tahniah .. kak tengok dinner tersebut berjalan dengan jayanya
fathiyyah; ohh tak la saya bukan tuan pengarah zainol tuan pengarah saya penyibuk ja.....
ReplyDeletebal cbe bce ni
ReplyDeletehttp://zainolizzuddin.blogspot.com
zainol: WOW best kot.
ReplyDelete