twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, July 24, 2011

Iskandariah- part 1

 Disebabkan cuti musim panas yang masih panjang aku, Midon, Helmi dengan Afiq Zharif pergi melawat sahabat-sahabt yang berada di Iskandariah atau nama yang lebih popular Alexandria. Kota yang menjadi pusat pentadbiran Mesir sebelum kedatangan Islam di Mesir merupakan salah satu destinasi bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains kesihatan.

 Kami memulakan perjalan dengan menaiki TRAMCO dari Ramses ke Miami Iskandariah. Sebenarnya Miami terletak sangat jauh dari Asrama MARA yang terletak di Mansyiah tapi sebab 'time' naik tu kitorang main naik je asalkan pemandu jerit Iskadareiyya!!. Sebenarnya memang bercadang nak menaiki tern yang lebih selesa dan selamat tapi diseababkan sedah terlalu lewat dan seharian sibuk menolong orang mengangkat barang maka nak tak nak kena la jugak naik TRAMCO. Maka naiklah kami berempat kedalam TRAMCo yang menawarkan khidmat mukayyaf (aircond) selama 4 jam.

pintu gerbang Iskandariah


  Sampai - sampai je di Iskandariah kami tak tahu nak ke mana. Disebabkan kami menaiki TRAMCO ke Miami kami bakal terlepas jalan ke Mansyiah yang sepatutnya menjadi tempat penginapan kami. Aku pun 'request' dekat pemandu untuk berhentikan kami dekat Mahattah Masr(stesen keretapi). Pemandu tidak bersetuju dan hanya mampu menurunkan aku di tei jalan dan mencadangkan aku menaiki teksi dari arah bertentangan. Kitorang pun turun, naik teksi dan akhirnya sampai la juga ke Asrama MARA yang terletak di Sezostrease Street. Iskandariah.

asrama MARA tempat penginapan pelajar tahun1 MARA


  Rasanya, perjalanan ni sangat menarik sebabnya ia diluar rancangan kami. Tetapi apa yang penting pengakhirannya sama dengan apa yang kami nak Alhamdulillah.

Monday, July 11, 2011

Superior kot aku!!!

     
          
            Kita sering merasa yang diri kita ini hebat. Semua benda kita boleh buat dan semua perkara yang berlaku adalah kerana kemapuan kita untuk melaksanakan segala tuntutan. Kepakaran dalam menyelesaikan segala permasalahan maka di situ timbulnya bisikan dari syaitan untuk sentiasa merasa diri kita lebih hebat daripada yang lain.

            Pada ana tidak, ana membenci andai diri ini terlintas perasaan dalam lubuk hati. Ana membenci andai ana ternampak ‘kejahatan’ ini berlaku dalam orang lain terus terang ana katakana ana benci sifat ini sesungguh-sungguhnya.
            Pastinya telinga tidak pernah lokek daripada mendengar ingat bahawa kelebihan ini hanyalah satu pinjaman daripada tuhan. Nah sekarang daripada asyik menutup hati dengan pelindung besi cuba fikirkan!.
1.      Kita rasa sangat hebat dalam bermain bola sepak selepas Berjaya menjaringkan gol pihak lawan.
a.      Tapi pernah tak kita terfikir bahawa kita berjaya menjaringkan gol itu ialah hasil penat lelah rakan sepasukan kita menghantar bola dengan cantik kepada kita. Tanpa kerjasama mereka pasti bola itu takkan sampai kepada kita.
2.      Kita rasa hebat kerana telah terpilih untuk menjadi seorang pengarah ‘Grand Dinner’ yang telah berlansung dengan jayanya. Bangga gila rasanya.
a.      Tapi pernah tak kita fikir  bahawa ‘Grand Dinner’ itu tidak akan berjaya tanpa dedikasi semua AJK-Ajk. Malah kalau nak lebih berkira-kira Grand Dinner itu takkan berjaya tanpa kerjasama daripada kumpulan sasarannya.
3.      Kita rasa hebat kerana kita telah dikurniakan pelbagai kelebihan yang istimewa. Perghh yang ni lagi bangga. Tambah pulak kita makin suka untuk membandingkan kemampuan kita dengan orang lain yang kita pandang lekeh.
a.      Tapi pernah tak kita fikir bahawa masing-masing ada kelebihan masing dan juga kelemahan masing. Bila yang seorang ni bertarung di padang orang lain mestilah seorang ni akan lebih hebat berbanding sifulan. Tetapi cuba kalau pemain bola sepak berlawan hujah dengan ‘lawyer’ di mahkamah, mestilah lawyer menang.
4.      Last sekali kita sering rasa kita sangat hebat apabila kita suka nak menang dalam percakapan.
a.      Tapi pernahh tak kita terfikir yang menangnya kita ‘perbahasan remeh’ itu kerana kawan kita yang  sanggup mengalah.
Ketahuilah bahawa dunia ini bukan milik kita. Kelebihan ditangan kita adalah hasil belas kasihan Tuhan kepada kita. Andai mata hati kita buta maka kita akan rasa itu semua hasil daripada kekuatan kita. Tetapi bukalah mata hati anda seluas-luas maka anda mungkin sedikit sebanyak dapat melihat gerak kerja Tuhan untuk membantu anda berjaya.

Fikirkanlah anda ingin berjaya di mata manusia
Ataupun ingin membawa kejayaan itu beserta keredaan padanya.
Tidak salah untuk rasa ‘superior’ pada keadaan tertentu tetapi kalau kita ingin rasa ‘superior’ kerana ‘superior’ itu  milik kita maka fikir-fikirkanlah.

P/s; baru lepas Grand Dinner. Tetapi artikel ini tidak melibatkan pengarahnya. BEST!!!!!.



aku dan azri hisam di meja paling belakang.


    

Sunday, May 8, 2011

Buka mata! Bukalah hati.

memetik kata2 dari saifulislam.com


Lawan SYUKUR ialah KUFUR dan kalimah (كفر) bermaksud tertutup atau terhijab.

Orang yang bersyukur sentiasa nampak. Sentiasa dapat melihat apa yang dia ada.

Orang yang kufur sentiasa tidak nampak. Sentiasa tidak dapat melihat apa yang dia ada.

Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada hingga tidak cukup lafaz Alhamdulillah dan
ketaatannya pada membalas nikmat yang ada.

Orang yang kufur akan mengeluh dan kecewa dengan segala yang tiada di tangannya hingga datang pelbagai penyakit jiwa dan agama.

Sunday, May 1, 2011

Sekolah; kenangan dulu, ilmu hari ini, perjuangan selamnya.




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
    Orang pernah cakap yang belajar di sekolah ni teori semata-mata kurang sangat praktikalnya. Kurang penghayatan. Belajar semata-mata untuk periksa!! Meskipun ada penilaian dari segi praktikal, orang mesti pertikaikan. kata mereka,

'praktikal pun cikgu yang bagi jawapan, tinggal nak salin je skema jawapan. Jadi mana ada praktikalnya!.

ataupun

'ala 'time' kerja kursus matematik tambahan dulu pun kita 'copy paste' je mana ada kesan!.

  Waktu kat sekolah dulupun kebanyakan penilaian berdasarkan markah. Yang dapat markah tinggi dikatakan pandai, yang markah KOKU 'top' orang akan anggap aktif dan yang paling sedih ada orang akan anggap bila keputusan kita rendah, orang akan anggap kita ini 'kurang bijak'. Sedih kan!

    Kesan ini lebih menyedihkan bila skop pemikiran ini bukan hanya dimiliki oleh 'persekitaran' tapi sebenarnya terhadap pelajar itu sendiri.
Di sini ana ingin tekankan mengenai pelajar yang cemerlang. Mungkin ada dalam kalangan pelajar cemerlang ini yang hakikatnya kurang menghayati kecemerlangan yang kita ada.






Apa penghayatannya?

Ehh Macam mana? tak cukup cemerlang ke?

Sebenarnya cuba kita teliti baik-baik, buka mata hati, fahami dengan baik.
Hakikatnya tujuan kita hadir ke sekolah bukanlah untuk mendapat no.1 ataupun 'at least'  'top ten'. 5A, 9A, 11A+ semua itu hanyalah ilusi. Ilusi????. Tak lebih tepaat ialah sekadar wasilah untuk memangkin semangat menuntut ilmu. Apa yang kita cari ialah sebalik daripada 'straight A'  itu sendiri. iaitu ILMU. ya ILMU.

Kita masuk kelas belajar dengan guru adalah untuk menuntut ilmu. Ilmu akademik.









Kita pergi KOKU berkawat dan bepersatuan adalah untuk menuntut ilmu. Ilmu Sahsiah dan kepimpinan.

Bersukan itu sendiri pun satu ilmu yang kita dapat dalam kita sedar atau tidak. Hubungan dengan rakan-rakan pasti semakin erat. Ilmu memimpin dan yang paling ketara tubuh yang sihat itu dapat kita gunakan dalam kembara ilmu sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini semakin aku sedar betapa banyaknya sekolah telah mengajar aku secara lansung ataupun tidak lansung. Dari aspek teori mahupun pengajaran yang diperoleh berdasarkan pengalaman masa lampau dan juga kesilapan2x yang dilakukan. Aku tidak keluar dari sekolah dengan 'straight A's dan juga 'A' di sijil KoKU ku. Aku dapat lebih daripada itu. Ilmu yang aku peroleh amat bermakna di mana aplikasinya bukan tertumpu pada sifat 'medic' itu sendiri malah segenap kehidupan.

   Pembelajaran berasaskan peperiksaan mengajar diri ini untuk sentiasa mempunyai matlamat jelas dalam kehidupan. Sudah terbukti matlamat jelas itu, membimbing aku untuk berdiri di Bumi Mesir. Dengan kesedaran yang tinggi sewaktu SPM itulah membantu aku untuk menjadi seorang doktor.


  Penyertaan dalam perdebatan, mengajar aku betapa pentingnya pendirian. Sinergi pendirian, strategi dan teknik yang mantap membantu aku untuk mendapat 'pengalaman bermakna' dalam 'karier' pendebat. hehehe adalah...
Yang lebih penting aku semakin sedar bahawa kelebihan dalam berkata-kata ini sebenarnya satu nikmat yang amat besar. Dan pada aku ini adalah satu tanggungjawab sebagai satu tuntutan kepada diri aku untuk membantu Islam. Berdebat bukan lagi untuk usul dibahaskan 'ALA PARLIMEN' or specifically parliamentary stlye'  tetapi

'Berdebat demi kebenaran dengan kebenaran. '

Dalam aspek sukan. Aku akui mempunyai sedikit kelemahan dari aspek ini. EIII segannya nak mengaku. Tetapi semakin sukar untuk aku menguasainya semakin banyak hikmah2x yang dapat dipelajari.

bersukan membantu merapatkan ukhwah.

bersukan meningkatkan ketajaman minda.

bersukan melatih diri untuk sentiasa bersikap rasional.

bersukan melatih diri untuk berfikir dengan cepat sebelum bertindak. :D.

dan yang paling penting aku akhirnya mampu untuk memukul bola sehingga ke 'outfield' selepas beberapa tahun bermain 'sukan ini'. memang memalukan, tetapi tak mengapa, kerana di sini terletaknya nilai yang paling berharga 'BERUSAHA BERMATI-MATIAN, MESKIPUN TERLALU DAHSYAT CABARANNYA. KELAK AKAN DATANG JUA HASILNYA.
Kenangan yang amat manis apabila pasukan yang terdiri diri aku sendiri berjaya mendapat johan dengan markahnya disumbang oleh aku sendiri si 'budak simpanan'. T.T    ;D. hahaha

Perjalanan kehidupan di alam persekolahan telah pun diselongkar, begitu banyak ilmu yang ku dapat. Maka tiba masanya untuk diaplikasikan. sedikit demi sedikit semakin dapat aku kuasai. Namun perjalanan masih panjang. Penuh dengan ilmu, keseronokan, cabaran dan juga kesedihan. tetapi tak mengapa kerana ALLAH sentiasa disisi.
 









Entum pula bagaimana? fikir-fikirkanlah....

Monday, April 25, 2011

Heavy Sleeper

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Dalam masa 5 hari lagi warga generasi 10, Tahun 1 Universiti Kaherah akan menghadapi peperiksaan Akhir Tahun. Bermula dengan Ujian Praktikal Physiology dan akan berakhir dengan peperiksaan Bahasa Inggeris pada Bulan Julai nanti. Sungguh panjang tempoh peperiksaan yang bakal dilalui.

 

Dalam kehangatan peperiksaan ni jugalah, penyakit aku sejak di Sekolah Menengah lagi semakin menjadi-jadi. Iaitu Sindrom Kuat Tidur. Sewaktu di Sekolah, penyakit ini seolah-olah terkawal kerana terdapatnya jadual yang ketat mengekang diri ini daripada terus tidur-tidur dan tidur. Maka setiap kali ada rasa mengantuk, pastinya ada program-program yang diadakan Unit Bina Insan untuk menghindarkan kami daripada melabuhkan badan ke atas katil. Waktu tu hati rasa bengang je, kalau2x ada orang yang nak kacau waktu tidur. Memang aku 'totally anti' sesiapa yang cuba mengganggu tidur aku. Lebih-lebih lagi, sewaktu selepas Sembahyang Jumaat, permulaan kepada cuti hujung minggu sememangnya dinanti-nantikan, tapi waktu ni jugalah ada ceramah teknik menjawablah, JULANGlah, Campinglah, kursuslah macam-macam lagilah sampai naik menyampah. Tapi nak ke tak nak apabila dah namanya pelajar terpaksalah pergi jugak.



Bila dah masuk foundation 4 bulan di INTEC dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kaherah, Semakin banyak waktu lapang yang dikurniakan. 'Lecture' akan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Jadi aku ada 17 Jam masa lapang. Maka masa lapang inilah yang aku gunakan untuk 'beradu'. Tambah-tambah lagi Musim Sejuk( Shita') waktu setiap masa udara dengan suhu sekeliling 'membelai-belai' diri supaya tidur di dalam 'lihaf'. Selubung je diri sekejap dalam 'lihaf' tuptuptup sedar-sedar dah esok pagi tapi waktu tu gelap lagi SAMBUNG TIDUR LAGI.

Alasan untuk banyak tidur semakin kuat apabila kedudukan geograi rumah aku yang 'sangat' jauh dari Kuliah. Balik balik tu Memang Letih Habis. Maka, Tidur.

Dalam kuliah pun lecture lambat sikit berhenti TIDUR...

Kadang-kadang bila makan berat sikit waktu tengah hari Tidur..

Sekarang ni Musim Saif(Panas). Siang semakin panjang. Malam makin Pendek. Tidur TETAP LAMA.





Boleh dikatakan kalau disuruh menulis buku untuk mencari alasan untuk tidur banyak memang takkan kering. Kuncinya hanya satu Satu je Satu ni yang paling UTAMA. Sikap Malas. Daripada Malas ni kita mencari alasan. Kita kata kita perlu rehat sebentar untuk otak kita 'refresh' semula dengan harapan dapat memberikan tumpuan dengan lebih baik sewaktu muraja'ah tapi sedar -sedar dah esok pagi. :((.
Kita kata kita perlu tidur awal sebab dah penat sebab takut-takut terlepas Subuh esok tapi waktu Subuh tu tak pula kita bingkas bangun sewaktu azan sebaliknya segera menyelubungkan diri dengan 'lihaf' ataupun 'kaberta' untuk terus tidur. Alasan demi alasan semuanya kerana MALAS.

Teringat ceramah Ustaz Zahazan yang aku dengari sebelum-sebelum ni. ' Kita berpuasa selama 30 hari, dan raya selama 1 hari sahaja' kenapa? kerana kita hidup di dunia ini bukannya untuk berehat. Benar rehat itu satu keperluan. Selaku sebaik-baik ciptaan Tuhan kita tidak pernah terkecuali daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Tetapi jangan kita jadikan ia satu alasan.
Penat tak semestinya boleh menjadi alasan untuk banyak tidur tetapi sepatutnya lebih mengingatkan kita untuk lebih banyak mengingati Allah betapa kerdilnya diri ini berbanding Allah.
Cuba kita lihat kembali, dalam banyak-banyak kita tidur, berapa kali kita bangun dengan mengucapkan Alhmadulillah.
Dengan rehat yang banyak, berapa kali kita bangun untuk pergi sembahyang Subuh di Masjid... 0 kosong.
Dengan rehat yang banyak berapa banyak dah pelajaran yang kita cover?? sedikit sangat.
Jika kita tetap nak katakan bahawa tidur tu satu ibadah kita kepada Allah. Muhasabah semula diri.
Ulama-ulama yang sememangnya amalan mereka banyak pun tidurnya kurang inikan kita insan biasa sahaja, masih muda, kuat dan tidak banyak liabiliti dan tanggungjawab. Tidakkah kita ini seorang yang mengkufuri nikmat????


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ   
45.23. Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?


ilham daripada saiful islam.com

Ya Rabb. Betapa banyaknya nikmat yang aku kufuri. Masa lapang yang engkau berikan aku gunakan untuk tidur, berangan , mengumpat, dan pelbagai perkara lagha. Apabila masa tiba2x disempitkan maka waktu itulah baru rasa untuk bertaubat. Kemudian kita ulangi sekali lagi. Betapa banyaknya aku bermain -main dengan taubat Mu Ya Allah.

Maka pada hari ini, kita boleh cari seribu cara untuk kurangkan tidur, boleh 'stream' berjuta-juta GB untuk mendengar ceramah motivasi pengurusan masa, Boleh kena 'leter' sepanjang masa untuk kita ketahui cara menguruskan masa tetapi segalanya pasti tidak berguna jika kita terus berasa malas setiap masa.
Ketahuilah bahawa masa ini bukan milik kita. Sekadar pinjaman semata-mata dengan janji akan menggunakannya sebaik mungkin. Maka janganlah kita khianati kerana kita berjanji dengan Zat yang tidar pernah leka dengan apa yan kita lakukan. Hindari sifat Malas. Jangan menurut hawa nafsu. Mumtaz dunia akhirat. A for ALLAH.