Dalam masa 5 hari lagi warga generasi 10, Tahun 1 Universiti Kaherah akan menghadapi peperiksaan Akhir Tahun. Bermula dengan Ujian Praktikal Physiology dan akan berakhir dengan peperiksaan Bahasa Inggeris pada Bulan Julai nanti. Sungguh panjang tempoh peperiksaan yang bakal dilalui.
Dalam kehangatan peperiksaan ni jugalah, penyakit aku sejak di Sekolah Menengah lagi semakin menjadi-jadi. Iaitu Sindrom Kuat Tidur. Sewaktu di Sekolah, penyakit ini seolah-olah terkawal kerana terdapatnya jadual yang ketat mengekang diri ini daripada terus tidur-tidur dan tidur. Maka setiap kali ada rasa mengantuk, pastinya ada program-program yang diadakan Unit Bina Insan untuk menghindarkan kami daripada melabuhkan badan ke atas katil. Waktu tu hati rasa bengang je, kalau2x ada orang yang nak kacau waktu tidur. Memang aku 'totally anti' sesiapa yang cuba mengganggu tidur aku. Lebih-lebih lagi, sewaktu selepas Sembahyang Jumaat, permulaan kepada cuti hujung minggu sememangnya dinanti-nantikan, tapi waktu ni jugalah ada ceramah teknik menjawablah, JULANGlah, Campinglah, kursuslah macam-macam lagilah sampai naik menyampah. Tapi nak ke tak nak apabila dah namanya pelajar terpaksalah pergi jugak.
Bila dah masuk foundation 4 bulan di INTEC dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kaherah, Semakin banyak waktu lapang yang dikurniakan. 'Lecture' akan seawal jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Jadi aku ada 17 Jam masa lapang. Maka masa lapang inilah yang aku gunakan untuk 'beradu'. Tambah-tambah lagi Musim Sejuk( Shita') waktu setiap masa udara dengan suhu sekeliling 'membelai-belai' diri supaya tidur di dalam 'lihaf'. Selubung je diri sekejap dalam 'lihaf' tuptuptup sedar-sedar dah esok pagi tapi waktu tu gelap lagi SAMBUNG TIDUR LAGI.
Alasan untuk banyak tidur semakin kuat apabila kedudukan geograi rumah aku yang 'sangat' jauh dari Kuliah. Balik balik tu Memang Letih Habis. Maka, Tidur.
Dalam kuliah pun lecture lambat sikit berhenti TIDUR...
Kadang-kadang bila makan berat sikit waktu tengah hari Tidur..
Sekarang ni Musim Saif(Panas). Siang semakin panjang. Malam makin Pendek. Tidur TETAP LAMA.
Boleh dikatakan kalau disuruh menulis buku untuk mencari alasan untuk tidur banyak memang takkan kering. Kuncinya hanya satu Satu je Satu ni yang paling UTAMA. Sikap Malas. Daripada Malas ni kita mencari alasan. Kita kata kita perlu rehat sebentar untuk otak kita 'refresh' semula dengan harapan dapat memberikan tumpuan dengan lebih baik sewaktu muraja'ah tapi
Kita kata kita perlu tidur awal sebab dah penat sebab takut-takut terlepas Subuh esok tapi waktu Subuh tu tak pula kita bingkas bangun sewaktu azan sebaliknya segera menyelubungkan diri dengan 'lihaf' ataupun 'kaberta' untuk terus tidur. Alasan demi alasan semuanya kerana MALAS.
Teringat ceramah Ustaz Zahazan yang aku dengari sebelum-sebelum ni. ' Kita berpuasa selama 30 hari, dan raya selama 1 hari sahaja' kenapa? kerana kita hidup di dunia ini bukannya untuk berehat. Benar rehat itu satu keperluan. Selaku sebaik-baik ciptaan Tuhan kita tidak pernah terkecuali daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Tetapi jangan kita jadikan ia satu alasan.
Penat tak semestinya boleh menjadi alasan untuk banyak tidur tetapi sepatutnya lebih mengingatkan kita untuk lebih banyak mengingati Allah betapa kerdilnya diri ini berbanding Allah.
Cuba kita lihat kembali, dalam banyak-banyak kita tidur, berapa kali kita bangun dengan mengucapkan Alhmadulillah.
Dengan rehat yang banyak, berapa kali kita bangun untuk pergi sembahyang Subuh di Masjid... 0 kosong.
Dengan rehat yang banyak berapa banyak dah pelajaran yang kita cover?? sedikit sangat.
Jika kita tetap nak katakan bahawa tidur tu satu ibadah kita kepada Allah. Muhasabah semula diri.
Ulama-ulama yang sememangnya amalan mereka banyak pun tidurnya kurang inikan kita insan biasa sahaja, masih muda, kuat dan tidak banyak liabiliti dan tanggungjawab. Tidakkah kita ini seorang yang mengkufuri nikmat????
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
45.23. Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
ilham daripada saiful islam.com
Ya Rabb. Betapa banyaknya nikmat yang aku kufuri. Masa lapang yang engkau berikan aku gunakan untuk tidur, berangan , mengumpat, dan pelbagai perkara lagha. Apabila masa tiba2x disempitkan maka waktu itulah baru rasa untuk bertaubat. Kemudian kita ulangi sekali lagi. Betapa banyaknya aku bermain -main dengan taubat Mu Ya Allah.
Maka pada hari ini, kita boleh cari seribu cara untuk kurangkan tidur, boleh 'stream' berjuta-juta GB untuk mendengar ceramah motivasi pengurusan masa, Boleh kena 'leter' sepanjang masa untuk kita ketahui cara menguruskan masa tetapi segalanya pasti tidak berguna jika kita terus berasa malas setiap masa.
Ketahuilah bahawa masa ini bukan milik kita. Sekadar pinjaman semata-mata dengan janji akan menggunakannya sebaik mungkin. Maka janganlah kita khianati kerana kita berjanji dengan Zat yang tidar pernah leka dengan apa yan kita lakukan. Hindari sifat Malas. Jangan menurut hawa nafsu. Mumtaz dunia akhirat. A for ALLAH.


bal...asal ko nye post x update kat blog ak ea??
ReplyDeletespatutnye akan naik kat top klu baru update..tp not yours..??
tak tau la. aku tak de ubah apa2x setting.
ReplyDeletenice blog~~
ReplyDelete