twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, April 19, 2011

Pilihan raya. Batch dan Pemimpin.

 Final Exam hampir tiba. Bermakna tahun dua semakin menghampiri kita. Umur semakin 'berkurang' dan ilmu semakin????

 Kehadiran Tahun Dua juga menandakan tugasan ataupun taklifan kepada Ajk batch akan berakhir akan berakhir tidak lama lagi. Maka, Sudah tiba masanya ataupun boleh kita katakan inilah masa yang terbaik untuk mencari pengganti 'tampuk kepimpinan' batch kami.

EHHH. Batch je pun apa nak gelabah2x sangat?

Ntah LEK sudah!!
.........

Sebenarnya tidak. Apabila umur semakin meningkat maka tahap pemikiran pun haruslah meningkat. Jangan terlalu selesa di 'takuk' lama. Jangan kita 'suka-suka' menyamakan 'seratus peratus' keadaan mahasiswa dengan 'pelajar sekolah menengah'. Kita harus lebih serius apabila bercakap tentang kepimpinan.

Ana berikan satu contoh simplistik. Sultan Muhammad Al-Fateh telah membuka Kota Constantinople pada Usia 18 tahun. Cuba bayangkan. Sekiranya, Sultan Muhammad Al-Fateh bersikap sebegini sebelum mengetuai bala tentera perang. Pastinya tidak akan menyala semula Islam di Istanbul. Akan terus menerus dimiliki dan dikuasai kristian.

kota istanbul.

Ataupun, kita ambil contoh yang lebih dekat dengan kita. Syabab-Syabab Mesir yang menjadi nadi penggerak kepada  Demonstrasi Aman dan Sistematik sehingga berjaya mencetuskan transisi daripada kepimpinan kuku besi Husni Mubarak kepada demokrasi suara rakyat. Cuba bayangkan, sekira majoriti daripada mereka hanya bersikap sambil lewa. Maka sampai ke hari inilah mereka akan hidup dalam penjara di bumi sendiri.





Tapi kita tiada semua itu. Tiada bala tentera untuk diketuai ataupun Disertai sekurang kurangnya. Tiada Pemerintah Zalim yang mencengkam kita semua. Tiada stress, Tiada tekanan dan tiada cengkaman daripada mana- mana pihak. Maka tiada faktor pemangkin dalam persekitaran kita.

Sampai di Mesir pun semuanya sudah disediakan, rumah, peti ais, katil, DUIT. semuanya. Betapa selesanya keadaan kita.

Tapi tidak! sekali-kali tidak. Kita harus keluar dari kepompong pemikiran sempit ini. Jika lihat, perjuangan Al-Fateh dan Syabab2 Misr semangat dan sikap mereka telah mencorak keadaan negara kita. Maka kita perlulah ingat masa depan kita baik di Mesir atau Malaysia. Selaku pelajar medik yang bepersatuan dan juga doktor muslim di masa hadapan, Kita kena ingat bahawa kita hidup di landasan perjuangan. Belajarlah bersungguh-sungguh, Bantu- membantulah dengan medium yang ada. Jika kita asyik risaukan tentang kualiti kita selaku doktor yang 'dilahirkan' dari Mesir maka sedarlah, lihat di depan cermin, jikan kita ini seorang yang pesimis, malas berusaha serta kurang proaktif maka itulah kualiti doktor yang akan ada pada kita di masa depan nanti. 'Tsunami Visi, Revolusi Aksi'.



Kepada yang bertanding.....

Cermin diri anda. Lihatlah kekurangan dan kekuatan yang ada. Bagi kekuatan sama2 kita hulurkan untuk memajukan komuniti bersama. Manakala untuk kelemahan, sama2lah kita perbaiki kerana kita sama2 belajar.

Pemimpin yang baik bukan sahaja mampu berbuat kerja tetapi juga mempunyai ciri2 insan yang baik.
Jujur, Amanah, Menepati Masa dan Berdedikasi semua itu penting. Kekuatan rohani amat penting. DIALAH PALING MENGETAHUI APA YANG TERBAIK PADA KITA.
                           

 MUKA2 pemimpin masa akan datang




Merekalah pemimpin2 batch yang akan datang.


KE MEREKA????




TIDAK!!





 KAMI SEMUA!!!

Kepada Diri Ini....


Banyakkan beristighfar. Walaupun Tahun 1 belum habis tetapi banyak juga yang telah ana pelajari. Moga2 berterusan hendaknya. Allahu 'A'lam.


Sekian..

1 comment: