twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, February 19, 2011

Hidup Sekadar Hidup...

  

pejam


celik







Sedar-sedar dah 1 minggu 3 hari dah ada kat Malaysia. 5 bulan baru kat Mesir.

Pejam, celik, celik, pejam. Barulah aku perasan dah tak lama dah hidup aku ni. Semakin dekat dengan penamat. Bila merenung diri dihadapan cermin,air, benda yang berkilat(cerek, kasut hitam, pasu). Barulah terfikir sejauh manakah perubahan yang telah aku lakukan dalam diri aku.

Ya hidup ini memang perlukan perubahan ataupun lebih tepat lagi penambahbaikan. Sebagaimana setiap hidupan dalam dunia ciptaan Allah ini , dari zaman  Jurasik hingga ke hari ini setiap masa mereka melakukan proses 'adaptasi' ataupun lebih dikenali sebagai proses 'evolusi' bagi mereka yang tidak mengenal  asal usul hidupan(terdapat perbezaan antara adaptasi dan evolusi') supaya mereka dapat meneruskan kehidupan.

Samalah kita manusia yang menjadi KHALIFAH di muka bumi ini perlu sentiasa bermuhasabah supaya dapat membaiki kelemahan diri dengan harapan eh bukan dengan TUJUAN supaya kita dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah Subhanah Wataala.

Apabila dilihat kembali masa2 yang telah ana lalui selama di Mesir dan Malaysia terasa satu penyesalan yang amat sangat diri kerana telah banyak membuang masa. Namun masa lampau tetap masa lampau tidak boleh diulang kembali, lebih lagi ditangisi mereka telah jauuuhhhhh meninggalkan kita.

'Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya:
  "Apakah yang paling jauh?" Pelbagai jawapan diberikan, kemudian beliau menjawab"Yang  
    paling jauh ialah MASA LALU (yang telah berlalu)"




Just a second
There it goes away
                                  
      

Kemudian apabila muhasabah pula tentang kehidupan di Malaysia. Jauh lebih teruk. Bangun lewat, Solat Lewat, Makan Awal, Tidur Lewat. Itulah yang diulang setiap hari, sampai ana sendiri naik jemu. Bila fikir - fikirkan...(kalau macam ni baik duduk mesir, ada biah solehah senang nak beramal, ada kawan boleh ajak 'study' sekali, dekat dengan masjid , boleh gi Masjid Azhar time cuti2 ni.)

Gami' Azhar

Begitulah pemikiran bagi orang yang tertutup mata hatinya daripada melihat hikmah kelapangan masa ini dan juga orang yang hanyut dengan satu ujian daripada Allah yang berbentuk nikmat kelapangan. Dengan kehidupan ini, KEHIDUPAN SEKADAR KEHIDUPAN, dunia semata-mata tanpa sedikit pun ingatan tentang MATI akan tiba. Bangun pagi(lewat), tengok Tv sampai ke malam, makan kalau ada makanan, Tidor balik.)

'Imam Ghazali  bertanya kepada anak muridnya:\
   "Apakah yang paling dekat?" Pelbagai jawapan diberikan, kemudian belau menjawab" Yang 
     Paling dekat ialah MATI.


Kematian

                                                         .......................................

Hakikatnya,

Hidup BUKAN Sekadar Hidup

Dalam pemikiran setiap Muslim harus diingatkan bahawa kehidupan ini ibarat satu ladang untuk kita bercucuk tanam dengan amal soleh. Diakhirat nanti barulah kita dapat rasakan ganjarannya. Maka, walaupun kita rasakan hidup ini sesuatu yang sangatlah membosankan(bosan gila nak mati), kita haruslah sematkan dalam pemikiran kita, bahawa dalam kebosanan hidup ini pun malaikat maut tidak pernah bosan untuk menjeguk kita setiap hari, mati semakin menghampiri, tetapi bagaimana dengan amalan kita.

Bosan atau tidak di dunia ini sudah menjadi amanah kita, dan apabila namanya amanah bukanlah untuk kita untuk bermain-main dan bermalas-malas didunia ini. Jadi ubahlah gaya hidup seharian kita supaya perjalanan kehidupan ini diaras landasan yang benar. KEHIDUPAN HARI INI ADALAH UNTUK AKHIRAT YANG MENDATANG.

No comments:

Post a Comment