twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, March 15, 2013

Rehat yang Tidak Disangka - sangka

 "Wei, Jumaat ni kita buat SC main bowling dekat Panorama" Kata Azri Hisam kepada aku.

"Jumaat? ha ye la ok je"

Tutup buku Patho dan terus balik ke rumah.

  Saya masih belum bercuti semenjak daripada musim sejuk. Tempoh 3 minggu yang di'anugerah'kan oleh universiti rezeki daripadaNYA untuk di'infaq'kan pada pihak lain. Kehadiran tetamu dari Beijing, Haiyu Sabi', dan juga Malaysia, Menjadi Person In Charge dalam menguruskan kebajikan doktor, menjadi peneman doktor sepanjang keberadaan mereka selama di Malaysia.

 Cuti saya disimpul mati dengan Kursus Kepemimpinan Bakal AJKT PERUBATAN selaras seluruh Mesir. Buat insan yang baru dalam barisan Nakhoda 'ummat' di Mesir menjadikan kursus ini hukumnya 'WAJIB' untuk hadir. Tambah - tambah dengan status PERUBATAN Cawangan Kaherah yang masih bongsu. Meskipun Keluarga Kaherah sudah beranak - pinak 12 generasi namun cabaran yang dipikul tetap sama malah menghadapi cabaran 'harapan tinggi' daripada pihak lain. Akhirnya saya menamatkan 2 hari terakhir cuti dengan Perjumpaan Taakhi bersama beberapa cawangan lain atas tujuan untuk menimba pengalaman.

 Naik naik cuti, MAT 9 pun bermula. Bermula dari 8 hari yang lepas telah sah Jawatan saya selaku Exco Akademik PERUBATAN cawangan Kaherah. Lebih dari seminggu telah berlalu kini taklifan pimpinan itu saya pikul dengan sepenuh hati. Walaupun ujian dan tohmahan kata - kata kesat sedang menunggu, Badai itu akan saya terjang demi membawa pencerahan dalam diri insan tentang indahnya Hidup bertuhan yakni Allah.

 Syukur tak terhingga

 Tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata - kata ataupun tulisan, Sekilas menoleh semua itu Allah izinkan saya untuk tempuhi malah menjadikan diri saya insan yang padanya perbezaan daripada semalam dan hari ini. Sesungguhnya perjalanan untuk belajar ini semakin saya lihat terlalu jauh yang bisa dinokhtahkan oleh mati. Jika tidak jalan ini harus disusuri dengan Zuhud dan Tawaduk dalam hati.

Boling sebagai pemula?

 Hari inilah saya rasa kembali seperti pelajar 'normal' semula. Walaupun seketika tidak sampai 12 jam bersama- sama sahabat Smart Circle di Panorama International Bowling Center sedikit sebanyak mengubat lelah dalam hati. Luka - luka insyaAllah sempat di'fibrose'kan tanda peringatan bahawa perjuangan ini masih belum selesai.

 Lepas ni boleh la buka semula kertas kertas kerja dan 'planner' untuk kembali membantu sahabat2x. Sesungguhnya, terdapat banyak lagi hak mereka yang belum aku tunaikan.

Qudwah

Sudah tiba masanya baton pelari utama hinggap di tangan kami warga Generasi 10. Dengan kesedaran dan kefahaman yang ada insyaAllah saya akan terus membaiki diri (Harap - harapnya_ ditemukan dengan Murabbi) demi mencapai ridha ilahi dan seterusnya pembaikan diri ini akan di'viral'kan.

 Semoga Islam terus subur di dalam hati dan dalam masyarakat. Satu impian. Selamat berjuang!

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 

And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.[51:56]

Sunday, December 23, 2012

GIliran kau pula.

 'Aku sakit lah, idea tak datang. Semua perancangan hilang. Mungkin 'hematoma' yang ada dekat kaki ini, darah- darahnya patut sampai ke otak'. keluh Naqib saya semwaktu ingin memulakan usrah.

 Pengisian usrah yang selalunya berkisar tentang tafsir juzu' 'amma, akhlaq rasullah, isu semasa dan sedikit sedutan dari sejarah mongolia merupakan sedikit hidangan rohani dan IQ buat kami setiap minggu. Usrah merupakan satu saat yang ditunggu- tunggu setiap minggu. Asalkan ada usrah semangat untuk membina diri demi menegakkan Islam di muka bumi, dan juga berpijak di syurga ilahi akan berkobar-kobar.


 Naqib usrah saya merupakan insan yang disegani ramai. Seorang tokoh tersohor di Mesir ini. Berada di sampingnya di dalam usrah menambahkan lagi rasa hormat saya terhadap beliau. Seorang insan yang cukup kaya dengan ilmu dan amaat bijak dalam ber'muamalah' dengan manusia merupakan 'package' lengkap untuk menjadi seorang daie.

 3 tahun sahaja pengalaman saya berusrah. Majoriti fikrah, ideologi dan prinsip kehidupan saya ialah buah fikiran dan amalan hasil daripada Usrah. Walaupun saat saya kenal dengan usrah ialah sewaktu PERUBATAN difitnah ataupun dikecam kerana tidak cukup 'tarbiyyah'. Alhamdulillah, Allah berikan saya hidayah dan menunjukkan saya jalan.

Kau la pulak cakap Bal
 Tahun ini saya ditaklifkan untuk menjadi seorang naqib. Tidak beberapa lama kemudian saya dilantik untuk menjadi AJKT.

 Dari sebelum keputusan pilihanraya lagi saya agak khuatir jika saya tidak melengkapi diri saya dengan ilmu2x dan skil2x seorang daie. Berasal dari seorang yang anti-sosial, dalam masa 3 tahun banyak yang saya pelajari dan masih terlalu banyak yang saya perlu cari sebelum melangkah menjadi seorang daie malah sekarang bakal bergelar pemimpin.

Bekalan Hikmah

 Sedikit ilmu yang saya sempat tadah insyaAllah bersama doa2x dari kalian semua akan menjadi bekalan.
 Himpunan kalam- kalam ulama' yang saya dengar dari seumber sekunder dan primer:

- Jangan merasakan diri kita cukup. Kerana apabila kita sudah merasa cukup, kita sudah merasakan diri kita sempurna. Sedangkan manusia tidak sempurna. Mengambil sesuatu amanah dalam perasaan bahawa kita tidak layak ialah pilihan dan ketentuan Allah maka Ambillah peluang ini untuk taqarrub dengan Allah.

- Jawatan merupakan taklif(bebanan) bukannya tasyrif(kemuliaan).

Doakan saya. dah nak exam khamis ni ada lagi 100 muka surat tak baca. Sekian.


Thursday, December 20, 2012

Bicara Prioriti.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Apa gamoknya nak cerita pasal prioriti tengah tengah nak exam ni? Relax sudah, benda dah biasa dengar lah"

"Study ialah prioriti!  Whatever happens study tetap nombor satu!"

"Study no.1, dakwah no.2 yang penting Mumtaz"

 Kalam- kalam anda boleh dapati di 'Facebook'. Jika bukan Facebook maka segalanya hanyalah kata- kata yang bermain di fikiran saya.

Istighfar3x.

  Pernah suatu ketika apabila di soal tentang aktiviti dakwah dan juga pelajaran. Saya diasak berkali- kali dengan soalan yang hampir nadanya seperti yang dinyatakan di atas. Sekali imbas, keputusan saya lebih corot daripada empunya badan yang bertanya. Tertinggal berbelas anak tangga dalam 'ranking' yang disusun berdasarkan keputusan akhir tahun' natijah akhir sanah'. Berpeluh- peluh dahi dan badan mendegar soalan.

 Cuba bayangkan, beliau boleh menghabiskan masa untuk 'study' dengan lebih banyak. Tumpuannya dalam kelas, jadual kehidupan seharian dan tanggungjawab yang terpundak jarang sekali mencengkam bahagian otak sehingga ke tahap penat dan meletihkan. Kalau dikira dari segi usaha memang tiada tandingan. Setiap tahun boleh keputusan Mumtaz dalam tangan.

  Saya cuba bandingkan dengan diri saya yang serba kekurangan. Belajar tidak banyak. Masa lapang banyak saya laburkan untuk berjumpa dengan orang. Setiap kali berjumpa dengan orang pastikan akan menguji kesabaran. Belum habis penat berjumpa orang datang panggilan telefon menuntut amanah, ditanya beribu soalan berkenaan gerak kerja. Diminta untuk menyiapkan tugasan sebelum tarikh yang ditetapkan.

 Balik2x rumah, ada orang buat hal cari pasal. Dah mintak satu lagi kesabaran. Perlu pulak masak. Keluar lagi tenaga. Habis2x bukak internet 30 notifications 15 daripadanya kerja 8 lagi dari Pasar Mesir. Setiap satu notification mintak 10 cell untuk bekerja lebih masa. Kalau2x pun dah selesai semua perkara. Ada sedikit lagi saki baki masa untuk belajar. Tenaga hampir kesemuanya sudah 'liberated' menjadi haba. Dah sampai ke tahap 'overwork' dah.

Tapi Study???

Sighhh..

Memberi jawapan. Berbincang untuk pencerahan

 Saya menelan air liur yang terkumpul dalam 'oral cavity'

 'Sahabat. Adakah Mumtaz mesti menjadi ukuran? Jika mumtaz adalah ukuran usaha mengapa ada orang sangat2x berusaha tetapi tak juga mendapat Mumtaz adakah mereka tidak cukup memberikan prioriti.

Saya bertanya sekali lagi. Jika enta study lebih masa sepatutnya markah yang enta dapat ialah markah penuh. 100% no kompromi. Sebab apa? enta tak buat apa2x melainkan study. berbanding dengan orang lain yang menolong orang. Yang masa dan tenaga nya sudah habis untuk orang lain!

Mungkin jawapan yang saya berikan tidak munasahah. Hampir mustahil untuk seseorang itu mendapat markah penuh. Maka di sini saya tegaskan bahawa MUMTAZ bukanlah ukuran MUTLAK untuk usaha dan minat seseorang itu dalam akademik.

Kesimpulan

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٣٠


Dan Apabila Allah Berkata: Sesungguhnya aku ingin menjadikan di dunia ini Khalifah.

 Saya sangat percaya bahawa tujuan hidup saya ialah ini. Walaupun apa pun orang dakwa tentang prioriti. Pendirian saya terhadap timbangan prioriti dalam kehidupan.

 Jika kecemerlangan akademik yang didambakan. Kecemerlangan akademik mestilah didasari dengan matlamat untuk redha ilahi.

MUMTAZ senang nak dapat. Ridha Allah belum pasti. Yang pasti kita akan Mati.

Pesanan buat penulis.

Sekian.

Tuesday, July 3, 2012

Moga bertemu Jalan Pulang.

 Yahoo.... dah habis . Semalam kertas histology bernada sederhana. Ada yang mampu dijawab tepat ada yang ingatannya samar2x. Alhamdulillah tiada yang tak tahu lansung.



 Habisnya 'exam' menandakan musim balik Malaysia. Hampir tiba. Kedai - kedai mula membuat promosi jualan penghabisan stok. PERUBATAN pula sudah buka hari terbuka untuk tuntutan barangan tempahan. 

 Ramainya yang dah bertiket. Ada yang menunggu keputusan keluar. Yang memang dah lama tak balik Malaysia dengan yang ada 'plan' sengaja balik awal. Ada juga yang berjiwa korban sanggup untuk tinggal di Mesir dan pulang lewat semata- mata untuk berbakti kepada Umat. Ada yang sengaja balik lewat sebab ingin berjalan - jalan. Akulah tu..


 Saat pulang ke Malaysia mesti paling gembira lebih - lebih lagi bagi mereka yang sudah hampir  Setahun setengah tidak bersua dengan keluarga. Tertahan - tertahan rindu, kadang kala ada kawan yang sampai mimpi- mimpikan keluarga. Punya lah rindu. Saat mengingati keluarga lazimnya merupakan saat paling tenang    buat seketika. Ketenangan itu kadang kala terbuku dengan cukup lama sehingga menjadi supplemen untuk menempuh hari - hari esok. Menelefon dan bercakap dengan mereka meninggalkan satu hormon ketenangan yang mempunyai 'half- life' yang cukup lama dan efektif pada tindakan psikologi diri kita.

 Dari ibu dan bapa kita berasal, dan dengan bersama mereka kita semakin tenang. Apabila manusia tersesat dalam satu tempoh yang membelenggu tiada jalan keluar. Bersama keluarga untuk menghela sesak di dada dan menghirup nafas baru agar segala yang berlaku pada diri kita dapat kita tempuh.

 Hakikatnya ini satu sifat semula jadi manusia. Naluri untuk 'survive' sangat tinggi pasti ingin mencari pnyelesaian bagi setiap masalah. Hatta orang malas. Naluri manusia yang apabila kembali ke tempat asalnya akan merasai ketenangan. Dan apabila kembali berteleku di atas sejadah. Berharap kepada kuasa dan ZAT yang kekal kita akan merasakan tenang. Daripada Allah kita datang.Dan dengan kembali kepada Allah kita akan menjadi tenang. Dengan kembali kepada ALLah akan timbul perasaan iqna' yang mana rasa hilang segala permasalahan.

 Sama ada kita pencuri, perompak, penipu atau hipokrit, ALLAH akan mendengar segala bahasa jiwa dan tatkala kita berada pada satu tahap yang sangat 'down' apabila mengingati dan meluahkan segalanya kepada ALLAh hati pasti akan tenang.

 Ramadan hampir tiba. Moga bertemu Jalan Pulang. Hingga kita bertemu redha pencipta.



Sunday, June 24, 2012

Sesak Berlengas

 Terik matahari lewat hari ini benar - benar menguji kesabaran. Belum pernah mesir panas seperti ini sewaktu bulan Jun semenjak tahun lalu. Bahangnya panas mendidih meresap ke dalam kulit melewati lapisan 'epidermis' kulit manusia. Bertemankan pigmen melanin sebagai perisai menentang sinaran UV matahari bumi padang pasir. Lewat petang ini saya bersama seorang teman berjalan ke Alef Book Store di Maa'di.

 Berjalan- jalan sememangnya menjadi hobi. Berjalan mencari ketenangan.Lari sebentar dari sibuk kota sayyeda zainab. Lari sebentar daripada tekanan peperiksaan yang cukup mencengkam. Lari dari godaan - godaan hiburan di Laptop. Lari sebentar dari hiruk pikuk masayarakat sekeliling.

Lari Mencari Inspirasi.


 Saat saya tertekan dengan bebanan belajar dan gerak kerja persatuan. Saya sering cabut lari pergi ke lembangan sungai nil(korsnisy) bagi mencari ketenangan. Kadang kala suasana petang kaherah yang mengundang pekerja pulang daripada pejabat menyebabkan kornisy Nil menjadi hiruk pikuk. Namun saya tetap bertandang untuk lari sebentar daripada laptop, buku, kertas, dan kadang kala manusia.

 Tanpa bertemankan sesiapa saya berjalan mencari semula kekuatan. Muhasabah dan memikir mikirkan semula perbuatan. Mana saya yang tidak kena. Masalah akan menjadi lebih sesak apabila berhadapan dengan karenah manusia. Berfikir untuk mencari solusi di mana titik keterbukaan dalam hati dan titik pertembungan dalam idea. Agar kata- kata yang diluahkan bakal menusuk hati dan seterusnya menjadi pengajaran.

Bersabar dan berhikmah dalam berdakwah


 Jika manusia tiada punya perasaan sudah lama saya akan menengking- nengking dalam membetulkan kesalahan. Berdakwah tidak semudah itu. Manusia yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan dan cara didik yang berbeza membentuk personaliti yang berbeza. Tidak cukup dengan rakaman dari DNA sahaja suasana sewaktu membesar sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang.

 Atas faktor2x inilah menyebabkan cara untuk menyampaikan satu kefahaman dalam diri manusia itu sering kali berbeza dari satu kelompok ke satu kelompok.

 Teringat saya ibrah yang kami dapat daripada Kelas Sirah yang berpaksikan Kitab Ar- Raheeq Almakhtum.
Nabi yang sedari kecil sudah belajar dan hidup dengan dengan mengemabala kambing telah membentuk sifat seorang manusia yang sangat Penyabar. Sabar dalam mengahadapi karenah manusia. Sabar dalam menghadapi karenah musuh, karenah orang yang jahil karenah manusia daripada lokaliti berbeza.

Semoga sahabat- sahabat saya dari mana - mana pun sudut dunia sentiasa sabar menghadapi karenah manusia. Andai kata buntu carilah ketenangan moga-moga apabila hati dan minda mampu melepasi ribut pemikiran maka akan kita nampak jalan keluar yang betul. Mudah - mudahan hati terus kuat disinari hidayah Allah dalam membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.

Tuesday, June 5, 2012

Salam Neutral

 Baru selepas himpunan hijau dan menonton video abuaqif studio. haaaa... (menghela nafas panjang).

Makin sukar untuk menjaga neutraliti. Kadang kala rasa diasak untuk menjerit

WOIIIII ko salah!

haaaaa..

Bukan untuk berlakon, moga2x orang lain boleh menerima pendapat atas dasar inteletual bukan kepartian.

Sob sob mohon untuk terus..... **********g. T.T

Saturday, June 2, 2012

What we Give

What we give we get back. Teringat kata- kata CIkgu Najihah kelas add math dulu. Ada seorang anak murid nakal yang suka melawan kata - kata beliau. Tengah- tengah cikgu mengajar sengaja tunjuk protes dengan tidur.

 Sambil menahan marah cikgu mengeluarkan kata-kata ini dengan selamba. Pelajar tersebut terus mengekalkan muka sememehnya. Dan cikgu terus mengajar. Anak murid keras kepala, kononnya tinggi cita-cita tetapi sempit sisi pandangnya.

 Hari ini, kata- kata tersebut terngiang ngiang ditelinga anak muridnya. Roda takdir berputar di luar landasan yang mampu manusia lihat. Andai kata perancangan kita kena dan tepat sasarannya maka sandarkan pada tuah yang Allah kurniakan kepada kita. apabila hasil jauh tersasar pula jangan bersedih kerana selagi nyawa masih ada, roda takdir akan terus bergerak mudah mudahan takdir menyebelahi kita.

 We get what we expect. Cara kita berfikir menentukan nasib kita. Fikirlah dengan positif, nescaya perkara positif akan datang pada kita.

 Usaha serba-serbi susah payah mengajar rakan Allah balas dengan keluar tajuk yang kita ajar. Mungkin sikit masa waktu belajar dahulu Allah balas sedikit dengan lapangkan waktu tengah jawab exam.

 Alhamdulillah. Keputusan bagus tak bagus itu no. 2( ini serisu). Asalkan mampu menulis dengan menghitamkan sudah cukup membuatkan hati lega.

You do not pay for the price of success you enjoy the price for success. So enjoy your hard day because this might be the last chance you can enjoy it.

-inspirasi dari murabbi sebelum exam-